18 October 2012

Help Palestine [hidayahnet] TDM : 56 Berjaya Tamatkan Asas Komando

 

TDM : 56 Berjaya Tamatkan Asas Komando



011020121250MERSING : Hanya 56 anggota LLP sahaja berjaya dianugerahkan Beret Hijau daripada 250 peserta kursus yang terdiri daripada pegawai dan anggota dari seluruh Rejimen dan Kor Tentera Darat yang mengikuti Kursus Asas Komando Siri 2/2012 yang diadakan di Pantai Air Papan, Mersing, Johor. Penganugerahan ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin.

Panglima Tentera Darat berkata bahawa  mereka yang dianugerahkan Beret Hijau ini adalah yang terbaik dari kalangan yang terbaik. Mereka yang mempunyai jiwa patriotik yang kental, daya juang yang sangat tinggi selain kekuatan dan ketahanan mental dan fizikal berada di tahap terbaik kerana sedia berkorban untuk negara di usia muda.

Beliau turut menyeru para remaja yang berada di luar sana supaya menyahut cabaran negara untuk menyertai Tentera Darat dan pasukan komando berbanding melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan manfaaat kepada diri sendiri dan masyarakat, kata beliau  semasa memberi ucapan Penutup Kursus Asas Komando Siri 2/2012.

Upacara penganugerahan ini disaksikan oleh lebih 1,500 ahli keluarga dan penduduk kawasan sekitar dengan menyaksikan Prebet Mohd Salleh Abd Wahab dari Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) yang berasal dari Mersing, Johor berjaya menjadi penuntut terbaik. Mereka yang berjaya dianugerahkan Beret Hijau Komando, Diploma dan Pisau Komando.  

Turut hadir Panglima Latihan TD, Mej Jen Dato' Mazelan Kasap, Panglima 21 GGK, Brig Jen Effendi Abd Karim,Pegawai-pegawai Kanan dan anggota TD.

()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )") Web Rasmi Raudhah Umrahajj Services http://badalhaji.my/
(,,)(")(") Web Upah Haji http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment