21 October 2012

Help Palestine [hidayahnet] INFO: KEM BINA INSAN CEMERLANG SIRI KE 4

 


PERTUBUHAN MURID-MURIB KITAB TURATH (PMKT)NEGERI MELAKA
 
Keruntuhan akhlak dikalangan remaja Malaysia kini dikatakan amat meruncing. Krisis moral membimbangkan. Perangkaan statistik kes jenayah dan salah laku membabitkan remaja di Malaysia kian serius dan bertambah kronik. Ini dapat dilihat daripada kes-kes sumbang muhrim,penagihan dadah,pembuangan bayi,perhubungan seks bebas, bohsia/bohjan, lari dari rumah, rasuah, pecah amanah, peminum arak, ecstasy dan kes jangkitan HIV/AIDS. Kesemuanya menunjukkan angka pertambahan dari tahun ke tahun.
 
"Sebenarnya tidak ada seorang pun ibubapa yang mahukan anak mereka terlibat dalam jenayah dan ada diantara mereka yang telah berusaha untuk mendidik anak mereka tetapi dapatkah ibubapa mengawal anak mereka apabila ia berada dalam masyarakat yang ditiup badai peradaban yang jauh lebih kuat"
 
Islam sebagai cara hidup yang telah dibawa dan dipraktikkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada masyarakat manusia menangani masalah sosial dengan cara yang menyeluruh.Pendidikan Islam akan melahirkan individu yang mempunyai syakhsiyah Islam yang menjadikan aqidah Islam sebagai asas berfikir dan menerbitkan mafahim-mafahim yang menghasilkan tingkah laku yang Islami dalam semua urusan-urusan kehidupan.
 
Maka , Kem Bina Insan Cemerlang (Sesi ke 4 - Tahun 2012) ini memfokuskan kearah "Kecemerlangan Akhirat Melalui Prestasi Hidup Di Dunia" dan bermatlamatkan kearah pembangunan Rohani, Jasmani, Intelektual, Emosional dan Sosial golongan remaja.
 
Modul program akan diperkasakan dengan Modul Sahsiah, Modul Ibadah dan Ikhtiar Hidup  agar mengetahui potensi diri dan berinteraksi secara sihat. Panduan pemakaian,  penampilan diri, adab juga akan dikongsikan dan diamalkan. Slot solat pula akan memberi fokus kepada panduan berwudhu', tertib solat, bacaan dalam solat dan PALING PENTING MAKNA DALAM BACAAN SUPAYA MENDATANGKAN KEFAHAMAN AYAT – AYAT DIBACA(Kusyuk) dan terdapat juga aktiviti-aktiviti kecergasan serta kepimpinan.
 
Para peserta dibawa meredah kegelapan malam dalam aktiviti "Kembara Rohani" bagi mencari rantaian KENAPA DAN MENGAPA MEREKA DI BUMI INI " 
 
Program Kem Bina Insan Cemerlang" Sesi Ke 4
 
  • Remaja muslim & muslimat diantara berumur dari 8 tahun hingga 21 tahun
·         Tempat di Pondok Padang Temu  beralamat di Madrasah AI-Has ana h, Kampung Padang Temu,Melaka
·         Tarikh mula kursus pada 17/11/2012 (Ahad) hingga 9/12/2011(Sabtu) sekitar 4 minggu
·         Pendaftaraan jam 10.00 pagi pada 17/11/2012 di Madrasah Madrasah AI-Has ana h,Kampung Padang Temu 
·         Yuran seorang peserta adalah RM 500 termasuk  tenaga pengajar, kitab,mak ana n dan tempat tinggal.
·         Hubungi Ustaz Mohd Adlee Majid Tel: 012-2934146,Ustaz Khairul Azman Tel: 017-7010501,Ustaz Zaharuddin Tel: 014-7191674,Ustaz Nezam Ismail Tel: 012-3419683, Norsam Wahab Tel :012-6298546
   
 
Mohon puan / tuan panjangkan kepada rakan muslim anda sila lawat web kami di http://www.pmkt.com.my/ dan di fb -> pmkt melaka
 
Terima Kasih 


Wassalam,

Terima kasih
nw












__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment