17 October 2012

Help Palestine [hidayahnet] Sukan : Ganjaran lot tanah jika Kelantan Menang Piala Malaysia

 

Sukan : Ganjaran lot tanah jika Kelantan Menang Piala Malaysia

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan menghadiahkan lot tanah untuk rumah kepada barisan pemain skuad Red Warriors sekiranya mereka berjaya merangkul tiga kejuaraan termasuk Piala Malaysia pada Sabtu ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dalam majlis perjumpaan dan pembahagian bonus kepada pemain Red Warriors selepas mereka layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.

Annuar berkata, perkara tersebut telah dipersetujui oleh pengurusan KAFA selepas mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Naib Presiden, Rosmadi Ismail.

Menurutnya, hadiah kejuaraan musim ini cukup istimewa kerana ia diberikan dalam bentuk hartanah dan bukannya wang sebagaimana yang dibuat sebelum ini.

"Setiap lot tanah tersebut dianggar berjumlah antara RM60,000 hingga RM80,000 dan dijangka akan menelan perbelanjaan keseluruhan RM2 juta.

"Ini adalah salah satu bentuk manifestasi dari pihak pengurusan Kafa di atas segala kesungguhan yang telah dilakukan oleh barisan pemain sebelum ini," katanya.

Tambahnya, hadiah tersebut pastinya akan dikenang sampai bila-bila oleh semua barisan pemain Red Warriors sekiranya mereka berjaya merangkul kejuaraan treble musim ini.

Annuar memberitahu ganjaran tersebut diputuskan dengan mengambil kira kebaikan untuk masa depan pemain.

"Kita fikir ganjaran ini adalah baik bagi pemain kerana KAFA mahu mereka mempunyai aset yang boleh memberikan kebaikan di masa hadapan terutamanya pemain muda.

"Saya berharap barisan pemain Kelantan dapat memanfaatkan peluang beraksi pada pentas final Piala Malaysia musim ini sebaik mungkin bagi merealisasikan impian merangkul tiga piala musim ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Annuar meminta penyokong Red Warriors supaya menjaga perilaku ketika menyaksikan perlawanan akhir itu nanti.

"Jaga nama baik pasukan, perilaku penyokong adalah tanggungjawab KAFA," tegasnya.

()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )") Web Rasmi Raudhah Umrahajj Services http://badalhaji.my/
(,,)(")(") Web Upah Haji http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment