17 October 2012

Help Palestine [hidayahnet] Sukan : Kelantan mampu tanpa Ghaddar, Norfarhan

 

Sukan : Kelantan mampu tanpa Ghaddar, Norfarhan

KOTA BHARU - Kelab Penyokong Bola Sepak Siber Kelantan Darul Naim (kelate.net) menyifatkan kehilangan dua tonggak utama Red Warriors, Mohammad Ghaddar dan Norfarhan Mohammad tidak menjejaskan persiapan pasukan menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu ini.

Timbalan Presiden kelate.net, Mahizi Mahmood berkata, meskipun Red Warriors bakal beraksi tanpa dua tonggak tersebut, pihaknya tetap optimis Kelantan mampu menjulang kejuaraan tersebut.

Menurut Mahizi, pihaknya percaya kekosongan tersebut mampu digalas oleh pemain lain memandangkan Red Warriors memiliki skuad yang mantap.

"Dalam pasukan Kelantan tiada istilah pemain utama atau simpanan. Semua pemain yang ada mampu menggalas tugas sekiranya diturunkan untuk beraksi dalam perlawanan tersebut.

"Kami selaku penyokong menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada jurulatih Kelantan, Bojan Hodak untuk membuat percaturan terbaik dalam perlawanan tersebut bagi memastikan Piala Malaysia dibawa pulang ke Kota Bharu.

"Kita masih ada Indra Putra Mahyuddin dan Mohd. Afiq Azmi yang mampu menggalas tugas di posisi serangan.

"Begitu juga dengan Mafry Balang di bahagian sayap. Harus diingat bola sepak permainan berpasukan dan bukannya individu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Tambahnya, Indra seorang pemain berpengalaman dan mempunyai ketajaman penyudah yang baik, begitu juga dengan Mohd. Afiq yang semakin menampakkan keserasian setiap kali beraksi bersama Red Warriors.

Ghaddar dan Norfarhan terlepas aksi final Sabtu ini selepas masing-masing mengumpul dua kad kuning pada peringkat separuh akhir.

Kedua-dua pemain tersebut sebelum ini menerima kad kuning dalam aksi separuh akhir pertama di Kota Bharu 6 Oktober lalu.

Mahizi memberitahu, Red Warriors berada pada landasan tepat untuk melakar sejarah baharu bola sepak di negeri ini dengan meraih tiga piala dalam satu musim.

"Inilah peluang terbaik untuk mencipta sejarah dengan meraih tiga piala buat kali pertama.
"Saya yakin dan percaya dengan kekuatan yang ada kita mampu melakukannya.

"Bagaimanapun keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak boleh dipertikaikan. Jadi saya berharap pemain dapat memberikan aksi terbaik dalam perlawanan tersebut.

"Kami selaku pemain ke-12 akan membanjiri stadium bagi meniup semangat kepada pemain untuk mencipta sejarah tersebut," tegasnya.
()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )") Web Rasmi Raudhah Umrahajj Services http://badalhaji.my/
(,,)(")(") Web Upah Haji http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment