17 October 2012

Help Palestine [hidayahnet] Sukan : FAM pasang kamera seluruh stadium

 

Sukan : FAM pasang kamera seluruh stadium


FINAL PIALA MALAYSIA
HAMIDIN (tiga daripada kanan) sambil ditemani pegawai daripada kedua-dua pasukan menjalankan pemeriksaan ke atas padang Stadium Shah Alam semalam.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan memasang kamera tersembunyi di dalam dan di luar kawasan Stadium Shah Alam menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia yang menemukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Kelantan, Sabtu ini.

Ia sebagai langkah untuk membanteras tindakan segelintir penyokong yang didapati melanggar peraturan dengan membawa bahan larangan antaranya seperti mercun dan vuvuzela.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM, Datuk Salleh Md. Rashid semalam.

"Kawalan lebih ketat akan diadakan pada final Piala Malaysia kali ini berbanding tahun lalu.
"Selain kekuatan seramai 1,000 anggota polis yang bertugas pada final Piala Malaysia itu kelak, kami juga akan memasang kamera di dalam dan di luar stadium.

"Ia merupakan langkah untuk mengenal pasti tindak-tanduk penyokong yang melanggar arahan dengan membawa bahan larangan seperti mercun, vuvuzela atau kain rentang berbaur hasutan.

"Kamera tersembunyi ini banyak diletak di dalam kawasan stadium yang mana ia merupakan keutamaan kami ketika perlawanan itu berlangsung," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar Piala Malaysia di Stadium Shah Alam semalam.

Dalam perkembangan yang sama, Salleh yang menaruh keyakinan kepada peminat-peminat Kelantan dan ATM untuk menjaga tingkah laku, menyifatkan kejadian yang tidak diingini bakal berlaku pada perlawanan tersebut.

"Saya berharap mereka (penyokong) akan bersikap profesional ketika menyaksikan perlawanan akhir itu kelak. Kita tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku.

"Kami berharap mereka akan bersikap lebih positif dan menyemai semangat kesukanan yang tinggi," katanya.

()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )") Web Rasmi Raudhah Umrahajj Services http://badalhaji.my/
(,,)(")(") Web Upah Haji http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment