08 October 2012

Help Palestine [hidayahnet] Masjid-masjid di Malaysia bila lagi nak mesra OKU?

 

Legoland begitu bersungguh-sungguh untuk mempromosi orang datang melawat tempat mereka termasuk mereka yang OKU. Malang sekali masih banyak masjid-masjid di Malaysia masih belum mesra OKU.
 
Legoland mesra OKU
8 Oktober 2012
 
JOHOR BAHRU -  Taman tema Legoland Malaysia bukan sahaja sebagai lokasi riadah keluarga pertama seumpamanya di Asia, malah ia juga mesra orang kurang upaya (OKU) dengan ciri-ciri kemudahan bertaraf dunia.
 
Pengurus Veritas Arkitek Sdn Bhd cawangan Johor, Shah Jaffar berkata, kemudahan buat OKU antara yang dititikberat syarikat tersebut yang diberi amanah merekabentuk, menjadi perunding hiasan dalaman dan landskap bagi projek mega RM720 juta itu.
 
"Kemudahan untuk golongan yang kurang upaya di Legoland ini menjadi penanda aras buat projek pembangunan lain untuk mengaplikasikan kemudahan yang sama seperti yang dibangunkan di sini.
 
"Hampir dua hingga lima peratus daripada  bajet reka bentuk ini difokuskan untuk kemudahan OKU seperti menyediakan laluan pejalan kaki, papan tanda  braile, tac tiles, dan pelbagai kemudahan lain.
 
"Kami amat peka dengan keperluan OKU kerana salah seorang arkitek yang terlibat dalam pembangunan projek ini juga seorang OKU," katanya kepada pemberita sempena ulang tahun ke-25 syarikat terbabit, di sini, Khamis lalu.
 
Shah berkata, kejayaan menyediakan kemudahan 'barrier free' buat OKU di Legoland juga menjadi rujukan untuk pembangunan dua projek sekolah menengah pendidikan khas yang bakal dibangunkan syarikat tersebut di Pulau Pinang dan Kedah.
 
Projek sekolah yang bakal dibina sebelum hujung tahun ini kini di peringkat rekaan pelan dengan nilai pembangunan RM50 juta setiap satu.
 
"Kita anggarkan dapat memulakan projek sekolah khas ini dalam tempoh terdekat dengan perangkaan pembinaan selama 18 bulan untuk disiapkan di atas tanah tujuh ekar (2.8 hektar).
 
"Kebanyakan pemaju kurang menitikberatkan soal penyediaan kemudahan OKU kerana mengandaikan ia sesuatu perkara yang remeh dan memerlukan kos yang tinggi, kerana kelengkapan prasarana bagi golongan itu 10 kali lebih mahal," katanya.
 
Shah berkata, sempena sambutan ulang tahun ke-25 syarikat yang mempunyai beberapa cawangan di luar negara itu, seramai 25 kanak-kanak kurang upaya dari Taman Sinar Harapan Johor Bahru akan dibawa ke Legoland pada 24 Oktober depan.
 
"Mereka akan cuba sendiri kemudahan OKU yang disediakan di Legoland sekali gus beri peluang untuk berseronok buat mereka," katanya.
 
- Sinar Harian

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment