19 October 2012

Help Palestine [hidayahnet] KHAS WANITA: Seminar P.O.W.E.R: Potensi Wanita Super

 

Assalamualaikum dan salam motivasi,

Cik Puan,

Didoakan Cik Puan sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Ilahi.

Book Pro Event ingin menjemput Cik Puan dan seisi kakitangan organisasi Cik Puan untuk menyertai acara anjuran kami, acara yang julung-julung kali diadakan iaitu Seminar P.O.W.E.R: Potensi Wanita Super. Program yang direka bentuk khusus untuk memberikan kemahiran yang terkini kepada golongan wanita bagi menghadapi dunia kerjaya penuh mencabar. Kemahiran-kemahiran yang diberikan dalam bengkel ini adalah:

  • Kaedah menangani stress gaya Neuro Linguistic Programming 
  • Kaedah mengurus kerja dan waktu secara efektif dan sistematik 
  • Kaedah berkomunikasi gaya komunikator super 
  • Kemahiran mengurus penampilan diri dalam semua majlis 
  • Kenal potensi diri dan memacu kejayaan dalam hidup 
  • Menjadi wanita profesional EQ,IQ dan SQ 

Para ahli panel yang membuat pembentangan pada program 1 hari ini adalah daripada mereka yang berkepakaran dalam bidang berkaitan. Mereka yang terbabit adalah seperti berikut:

  • Profesor Madya Dr. Harlina Halizah Siraj, Pakar Sakit Puan HUKM merangkap Naib Presiden JIM Pusat
  • Ustazah Zawiyah Hassan, Mantan Mursyidah Ustaza Pilihan ASTRO Oasis
  • Puan Mary Anni, Pakar Perunding Imej dan Career Coach
  • Tuan Fauzul Na'im Ishak, Pakar Neuro Linguistic Programming
  • Tuan Zamri Mohamad, Pakar Kreativiti dan Inovasi
  • Puan Haryati (Yatt) Hamzah, Pelakon, Model dan Selebriti TV

Gabungan kepakaran mereka ini tentunya memberikan inspirasi dan impak maksimum kepada para pesertanya.

Butiran lanjut program ini adalah sepertimana berikut:

  • TAJUK: Seminar P.O.W.E.R: Potensi Wanita Super
  • TARIKH: 3 November 2012
  • MASA: 8.30 hingga 5.30 petang
  • TEMPAT: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak
  • Yuran: RM80 SAHAJA (Yuran Asal RM250)

Pihak kami amat berbesar hati menjemput Puan dan seisi kakitangan organisasi Cik Puan untuk menyertainya. Pihak kami menerima sebarang pembayaran menggunakan LO untuk program ini. Bersama ini kami sertakan brosur mengenai program ini untuk rujukan pihak Cik Puan.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini boleh terus dirujuk kepada Cik Nurul Aida Abdul Aziz, Pengurus Operasi Book Pro Event di talian 0162605507 ataupun pejabat 0341492560. Pihak Cik Puan juga boleh mendaftar secara online di laman web rasmi program www.potensiwanitasuper.com.

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak Cik Puan saya dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

BOOK PRO EVENT| 9-2 Jalan Wangsa Setia 3 Wangsa Melawati, Kuala Lumpur | www.bookpro.my

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment