11 October 2012

Help Palestine [hidayahnet] Benarkah krisis air amat meruncing di Sarawak ?

 

Aduanrakyat 11 Okt 2012 - Sudah hampir 4 bulan masalah air di Simunjan Sarawak tidak dapat ditangani oleh Pemimpin Kawasan kami. Keadaan semakin kritikal masa ini kerana Loji Air Simunjan yang menampung air kepada penduduk Daerah Simunjan sudah kekeringan. Tangki (tong) air sudah diletakkan di kawasan Pasar dan Kampung Nanas Simunjan, tetapi kawasan kampung lain yang paling kritikal tidak ada air, belum lagi diberi tangki air tersebut.
 
Keadaan ini menyebabkan penduduk berebut-rebut mengambil air di kawasan pasar.
 
Apa yang menyedihkan, sekiranya keadaan ini berlarutan adalah menjadi satu masalah yang besar kepada kami penduduk di Simunjan kerana terpaksa menunggu dan mengangkut air setiap hari ke rumah kami untuk tujuan masak, minum, makan, basuh kain baju, berak dan sebagainya. Keadaan ini mengundang derita kerana kesengsaraan hidup kami masa ini tidak dijaga sebetul-betulnya oleh pemimpin di kawasan kami. Mereka kurang memantau dan tidak dapat mencari cara yang terbaik menangani masalah air di Simunjan.
 
Mengapakah pada masa ini, Simunjan tidak diistiharkan Darurat, kerana masalah ini sudah semakin meruncing. Bayangkan pada setiap hari kami terpaksa mengambil air jauh dari kampung kami untuk keperluan seharian. Penduduk yang tiada kereta, dan motorsikal pula berhadapan dengan situasi yang lebih memeritkan. Jarak pasar Simunjan dengan Kampung kami iaitu Kampung Sageng lebih kurang 8-10 kilometer. Ini bermakna mereka yang tiada kemudahan seperti yang disebutkan menghadapi masalah mengangkut air ke rumah.
 
Untuk makluman juga, sudah hampir 4 bulan setitik air pun tidak pernah sampai ke dalam rumah kami. Keadaan yang perit ini ditambah lagi dengan masalah penghantaran air yang tidak dapat dilakukan seperti sebelumnya. Kalau sebelumnya kami penduduk di Kampung Sageng Baru dan Kampung Tabuan menerima air setiap hari daripada lori menghantar air tetapi sekarang tidak lagi.
 
Hari ini sudah masuk 6 hari kami tidak dihantar air, dan kami terpaksa mencari air ke sana ke sini. Sudah masuk 2 hari ini kami terpaksa bergelut mengambil air yang hanya diletakkan di Pasar Simunjan dan di tepi jalan Kampung Nanas Simunjan. Ini disebabkan tangki air masih tidak diletakkan di tepi jalan kampung kami. Kami sangat berharap agar pemimpin di kawasan kami segera menghantar tangki tersebut dan menghantar sebanyak mungkin lori penghantar air kerana sekarang seluruh penduduk Simunjan bergelut dengan ketiadaan air langsung.
 
Kami juga berharap pemimpin di kawasan kami menyegerakan lebih banyak alternatif baru untuk mengatasi masalah air di Simunjan. Sebelum ini YB Naroden pernah menyatakan untuk membesarkan loji dan menambah loji Simunjan dengan menggunakan mesin yang lebih besar kuasa kudanya, tetapi sampai sekarang ia masih tidak wujud. Rancangan untuk mengambil air sungai juga masih tidak diketahui kesudahannya kerana banyak spekulasi terhadapnya didengari masa ini.
 
Apa yang kami harapkan agar pemimpin P200 Batang Sadong perlu memainkan peranan yang lebih jitu dan efektif bagi membantu masalah air di Simunjan. Jangan hanya memantau masalah ini dari jauh sahaja, kalau boleh turun padang melihat ragam dan senario yang berlaku di Simunjan sekarang. Kami sudah banyak kali menyuarakan masalah ini kepada pihak tertentu tetapi sampai sekarang tiada tindakan susulan yang terbaik dapat digunakan bagi menyelesaikan masalah air di Simunjan Sarawak.
 
Kami mengharapkan agar Perdana Menteri kita Dato Seri Najib boleh membantu kami menangani isu ini kerana pemimpin kawasan kami terlalu perlahan dalam mengatasi masalah ini. Mudahan juga apa yang saya luahkan ini mendapat perhatian daripada PIHAK ADUAN RAKYAT dan menjengok kami pada masa yang terdekat ini. Komitmen daripada pihak anda sangat kami hargai. Tolong kami bantu kami.
 
By: JEMAT BIN ADAM
 
 
TAK TAHAN KRISIS AIR DI SARAWAK, LELAKI RACUN LOJI.
 
2 Okt 2012 - LOJI rawatan air di Simunjan, Sarawak terpaksa ditutup untuk sementara waktu bagi memastikan air yang disalurkan kepada pengguna bebas daripada dicemari racun rumpai.
 
Lebih 3,000 penduduk di empat buah kampung, sebuah taman perumahan serta pekan Simunjan disini terputus bekalan air akibat tindakan seorang lelaki berusia 30-an yang bertindak mencurah racun rumpai ke dalam air di loji rawatan air Jabatan Kerja Raya (JKR) Simunjan semalam.
 
Pekan Simunjan terletak kira-kira 120 kilometer di tenggara Kuching.
 
Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, seorang lelaki bertindak di luar batasan dengan mencurahkan kira-kira lima liter racun rumpai ke dalam saluran paip utama di loji tersebut di Jalan Nanas, Sekendu di sini.
 
Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Simunjan, Mohd. Zaini Morshidi berkata, lelaki yang berasal dari Kampung Sageng itu dipercayai melakukan perbuatan khianat itu selepas tidak tahan menghadapi krisis air yang melanda kampungnya sejak Jun lalu.
 
"Ketika kejadian, kebetulan beberapa penduduk kampung melalui kawasan tersebut dan ternampak tindak-tanduk lelaki itu yang mencurigakan.
 
"Akibat disergah oleh penduduk kampung, lelaki tersebut kemudian melarikan diri dan berjaya mengelak daripada ditangkap penduduk," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment