15 October 2012

Help Palestine [hidayahnet] Belajar Membaca Minda Penemu Duga

 

 Setiap syarikat pasti mempunyai masalahnya tersendiri.

 

    Nah, inilah rahsia untuk anda memastikan bahawa pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat itu ialah milik anda! Kenal pasti masalah yang dihadapi oleh syarikat bakal majikan anda dan terangkan kepada penemu duga anda, cara anda akan menyelesaikannya.

 

    Malangnya, kebanyakan daripada anda tidak menggunakan pendekatan ini. Anda lebih menumpu ke arah mencanangkan kemahiran, pengalaman hidup dan pengalaman kerja anda. Memang diakui bahawa hal ini penting tetapi memfokus kemahiran yang anda miliki ke arah memenuhi keperluan bakal majikan anda adalah lebih penting. Anda PERLU LEBIH memberi perhatian kepada keperluan bakal majikan anda.

 

    Kebanyakan resume anda hanya menyenaraikan jawatan dan pengalaman kerja terdahulu. Itu hanyalah sejarah kerja anda dan dalam banyak hal, maklumat yang anda beri tidak memenuhi keperluan bakal majikan.

 

    Nasihat saya?

 

    Raih minat bakal majikan anda dengan memberikan sesuatu yang berkaitan dengan apa yang mereka perlukan. Oleh sebab itu, anda perlu membuat sedikit penyelidikan tentang latar belakang syarikat bakal majikan anda. Anda mesti membuat bakal majikan anda berfikir, “Saya mahukan orang ini bekerja di syarikat saya.”

 

    Pendekatan ini bukan sahaja penting kepada anda yang sudah bekerja, malah penting juga kepada anda yang baharu sahaja memasuki pasaran kerja.

 

    Untuk mengenal pasti apa yang bakal majikan anda perlukan:

 

1. Baca dengan teliti iklan kerja tersebut.

Jangan tumpukan terlalu banyak perhatian terhadap kemahiran, pengalaman dan personaliti yang dicari dalam iklan kerja tersebut. Yang penting ialah anda perlu mengkaji masalah yang dihadapi oleh bakal majikan anda. Cuba fikirkan penyelesaian terbaik untuk masalah tersebut.

 

2. Buat penyelidikan tentang latar belakang syarikat bakal majikan anda.

Kaji laman web syarikat atau cuba bertanya kepada pekerja atau bekas pekerja syarikat tersebut. Adakah syarikat itu konservatif? Adakah syarikat itu baru dianugerahkan sebuah kontrak?

 

3. Jadilah seorang pendengar yang tekun.

Pastikan anda mendengar dengan teliti apa yang diperkatakan oleh penemu duga anda. Mendengar dengan teliti akan membuahkan hasil yang lumayan kelak.

 

 

    Ingat! Menyelesaikan masalah syarikat bakal majikan anda bermakna anda akan menjadi seorang yang berharga di syarikat itu. Oleh itu, dalam setiap sesi temu duga kerja yang anda hadiri, kaji apa yang diperlukan oleh bakal majikan anda. Kaji masalah yang dihadapi oleh syarikat majikan anda. Berikan cara anda mengatasi masalah tersebut.

 

    Aplikasikan pendekatan ini dalam semua temu duga kerja yang anda hadiri. Pendekatan ini akan menjadikan resume anda bertambah menarik untuk disemak kerana kemahiran yang anda miliki memenuhi keperluan mereka.

 

LATIHAN

 

Kaji beberapa iklan kerja. Pilih tiga yang anda paling anda suka dan ingin ceburi. Untuk setiap pekerjaan tersebut, anda mesti lengkapkan kenyataan di bawah.

 

“Masalah yang bakal majikan saya mahu saya selesaikan ialah ___________.”

 

Tulis kenyataan ini di atas sehelai kertas dan lekatkan di komputer anda. Kenyataan ini akan membantu anda untuk fokus ketika anda menulis surat iringan (cover letter) dan mengubah suai resume.

 

 

Artikel di atas dipetik daripada buku POST MORTEM MASALAH TEMU DUGA ANDA. Untuk lain-lain artikel kerjaya, sila lawati www.books.perintis.com.my atau sila hubungi Cik Nor di talian 03-9019 5303.

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment