31 October 2011

Help Palestine [hidayahnet] SEMASA : EKSKLUSIF - Kes tuntut fasakh meningkat

 

EKSKLUSIF: Kes tuntut fasakh meningkat



Tidak tahan didera mental, psikologi punca ramai isteri mahu bercerai

PUTRAJAYA : Penderaan mental dan psikologi oleh suami adalah antara faktor semakin ramai wanita Islam menuntut diceraikan kerana tidak mampu lagi bertahan dengan sikap suami mereka.

Aduan penderaan mental dan psikologi yang mereka alami termasuk suami mengabaikan nafkah batin, mencerca, maki hamun, kata-kata nista, panggilan kesat dan menghina isteri serta ahli keluarganya.

Dalam tempoh tiga tahun sejak 2008, bilangan yang menuntut fasakh mencecah sehingga 14,419 dengan bilangan mendaftar pada tahun lalu meningkat 36% berbanding dua tahun sebelum itu.

Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM), Dr mohd Na'im Mokhtar berkata, penderaan secara mental dan fizikal adalah aspek penganiayaan, selain masalah nafkah yang mencakupi 80% daripada alasan utama isteri memfailkan tuntutan fasakh untuk membubarkan perkahwinan. Beliau yang juga pengarah Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berkata, undang-undang syariah membenarkan penderaan mental dan psikologi secara berterusan atau lazim, menjadi alasan untuk menuntut fasakh.

"Penderaan menerusi lisan secara lazim daripada suami seperti panggilan 'perempuan sundal' boleh memudaratkan mental dan psikologi isteri, sehingga mengakibatkan hilang keamanan, ketenangan serta ketenteraman yang menjadi matlamat utama kehidupan berumahtangga."

"Namun masih ramai wanita tidak menyedari hak mereka berhubung perkara ini. Walaupun kes penderaan mental dan psikologi oleh suami banyak berlaku, ramai mangsa bersabar serta membiarkannya berlarutan untuk tempoh yang lama kerana sayang, memikirkan masa depan anak dan faktor lain seperti menjaga kedudukan dan air muka. Secara lazim, mereka hanya akan bertindak (menuntut fasakh) jika berlaku suatu peristiwa yang khusus, terutama apabila kepercayaan dikhianati oleh suami seperti berlaku curang atau poligami tanpa izin pengetahuan isteri. Malah, ada satu kes seorang nenek memfailkan tuntutan fasakh ketika berumur 65 tahun selepas lebih 40 tahun mengalami penderaan mental, psikologi dan fizikal daripada suaminya sepanjang tempoh perkahwinan mereka," katanya.

Mohd Na'im berkata, secara keseluruhan ada kira-kira 15 16 alasan diperuntukkan dalam undang-undang syariah yang membolehkan isteri menuntut fasakh daripada suami, iaitu berkaitan kegagalan memenuhi tanggungjawab nafkah zahir dan batin, mati pucuk, tidak berlaku adil dalam poligami serta kaki perempuan.

Sila semak alasan membubarkan perkahwinan secara fasakh dalam entry 16 alasan fasakh. Bagaimanapun, bagi alasan penderaan mental dan psikologi, kes berkenaan sukar dibuktikan dan berikutan itu, Mahkamah Syariah akan dibantu dengan pandangan pakar psikologi, selain keterangan saksi. 


STATISTIK

Kes Tuntutan Fasakh di Mahkamah Syariah 2008-2010

Negeri

2008

2009

2010

Daftar

Selesai

Baki

Daftar

Selesai

Baki

Daftar

Selesai

Baki

W.Persekutuan

256

261

4

299

284

15

296

238

58

Selangor

626

440

186

795

570

225

1,051

618

433

N.Sembilan

450

447

2

619

613

6

666

613

53

Melaka

100

99

1

147

142

5

191

162

29

P.Pinang

129

128

1

129

116

7

60

47

13

Perlis

220

213

7

214

189

24

227

183

44

Kedah

133

100

33

133

110

23

168

104

64

Perak

315

180

135

458

270

188

484

308

176

Kelantan

27

24

3

30

29

1

32

27

5

Terengganu

231

226

5

283

270

13

322

274

48

Pahang

86

79

7

199

123

16

268

176

92

Johor

477

451

26

534

477

57

662

531

131

Sabah

820

630

190

837

619

218

919

628

291

Sarawak

173

173

0

169

164

5

175

159

16

JUMLAH

4,052

3,451

600

4,846

3,976

803

5,521

4,068

1,453

http://laman-seri.blogspot.com


Ramai wanita Islam berani pertahan hak

Peningkatan kes tuntutan fasakh di seluruh negara menunjukkan semakin ramai wanita Islam yang celik undang-undang dan berani keluar daripada kepompong amalan tradisi 'berendam air mata' apabila menanggung seksa akibat penderaan suami.

Laman-Seri bersetuju dengan pandangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang berkata, mereka kian memahami peruntukan sedia ada dalam undang-undang syariah di negara ini yang menggariskan pembelaan bagi golongan isteri teraniaya.

Oleh itu, golongan suami harus mengambil iktibar daripada kebangkitan iseri mempertahankan hak mereka. Golongan suami juga diingatkan supaya jangan bersikap atau bertindak sewenang-wenangnya terhadap pasangan hidup mereka, terutama melakukan penderaan mental dan psikologi. Berkenaan hal ini, Laman-Seri pernah highlight perkara ini dalam entry Bergaul baik dengan isteri adalah WAJIB.

"Dulu, kebanyakan isteri hanya duduk diam dan membiarkan diri menanggung seksa walaupun didera suami, terutama demi anak. Ini menyebabkan suami yang melakukan penderaan berani meneruskan perbuatan mereka itu kerana tiada sebarang tindakan diambil. Maka apabila golongan isteri yang teraniaya kini bangkit mempertahankan hak dengan menuntut fasakh supaya tidak berterusan menanggung penderaan suami, ia bukanlah suatu kesalahan dan mereka tidak harus dilemparkan persepsi negatif sebagai 'perempuan jahat' pula. Ini sekurang-kurangnya boleh memberi kesedaran kepada golongan suami supaya jangan bersikap sewenang-wenangnya mengabaikan, menyakiti atau menganiaya isteri, sebaliknya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universtiti Malaya (UM), Prof Dr Suradi Salim berkata, masalah seumpama itu harus diteliti sebelum setiap pasangan mendirikan rumahtangga kerana ia memberi kesan jangka panjang terhadap keutuhan perkahwinan mereka. Menurut Prof Dr Suradi Salim, sikap mendera isteri secara mental serta psikologi sehingga membawa kepada perceraian tidak mungkin akan terjadi jika kedua-dua pihak ada persefahaman sebelum mengambil keputusan berkahwin, katanya.

Sumber : BHarian 28/10/2011

Capaian entery berkaitan :
16 alasan fasakh
Bergaul baik dengan isteri adalah WAJIB
Munakahat - Bab 9: Fasakh

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

Help Palestine [hidayahnet] Sekolah Al-Itqan Teluk Kumbar, Pulau Pinang - Perlukan sumbangan

 

 

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___