07 October 2012

Help Palestine [hidayahnet] Ekonomi Malaysia - 2013

 

Salam alaik,

Saya mempunyai kebimbangan apabila melihat petanda-petanda bahawa 4 kawasan ekonomi terbesar di dunia akan menghadapi kejatuhan ekonomi yang paling parah dalam sejarah mereka - USA, China, Jepun dan Eropah. 

Dari petanda-petanda dipasaran, ekonomi USA diramal akan jatuh pada tahun 2013 dengan parah sekali, sehinggakan The Great Depression pada tahun 1930an boleh diklasifikasi semula sebagai The Mild Depression jika berbanding dengan 2013. Atas sebab ini, ekonomi negara China akan jatuh terhempas kerana amat terikat dengan export ke Amerika. Pada masa yang sama, ekonomi Eropah sedang jatuh sejak 3 tahun yang lalu dan tiada petanda yang menampakkan ekonominya akan pulih. Sebaliknya, banyak lagi negara di Eropah yang akan menurut musibah seperti Greece, yakni Itali, Sepanyol dan Portugal.

Oleh itu, saya turut bimbang kerana Malaysia ialah negara ditangga ke11 pengeksport terbesar ke USA. Export Malaysia ke Eropah sudahpun jatuh sebanyak 4.5 % sejak 3 tahun dulu dan petanda menunjukkan ia akan terus jatuh dan jatuh. Export Malaysia ke Jepun mungkin juga akan turut terancam terutama sekali yang melibatkan industri yang banyak mengeksport ke USA dan Eropah. Eksport Malaysia ke China telahpun jatuh sebanyak 10% pada August 2012 lepas kerana kejatuhan ekonomi China.

Apa yang saya risaukan :
1. Penutupan kilang-kilang Multinasional di Malaysia yang berasal dari Eropah, China dan USA
2. Penutupan kilang-kilang kepunyaan Malaysia yang memberi sokongan kepada kilang-kilang Multinasional tersebut
3. Kejatuhan kadar eksport Malaysia ke Eropah, China, USA dan Jepun.
4. Pengurangan kedatangan pelancong ke Malaysia kerana kejatuhan disposable income mereka
5. Impak negatif kepada semua sektor industri Malaysia oleh kerana 4 perkara di atas.

Jumlah penduduk Malaysia yang bekerja dan membawa balik wang untuk rumah ialah sekadar 6 juta orang sahaja. Jumlah ini tidak cukup untuk menjana aktiviti ekonomi tempatan yang boleh menampan impak negatif ekonomi.

Akibatnya jika berlaku ialah :
1. Ramai yang mungkin kehilangan pekerjaan
2. Hasilnya, hilang keupayaan mereka membayar hutang, bil-bil, perubatan, pendidikan dan perbelanjaan rumah.
3. Akibatnya, boleh meningkatkan kadar jenayah, maksiat dan masalah sosial yang buruk sekali.
4. Lantas boleh menghanguskan banyak duit rakyat dalam tabung kerajaan untuk mengurus isu-isu berkaitan.
5. Akhirnya, kerajaan terpaksa meminjam lebih banyak wang dari buaya perbankan untuk menampung defisit GDP

Malang sungguh rasanya kerana :
Saya masih tidak dengar apa-apa jua strategi penampan dari pihak kerajaan mengenai ekonomi dunia yang boleh memberi kesan dahsyat pada kita. Saya juga belum mendengar apapun bising-bising dari pihak pembangkang. Saya juga agak terperanjat kerana tiada langsung diskusi di dalam media arus perdana oleh pakar-pakar ekonomi tempatan. 
 
Sebaliknya saya melihat kelompok pemerintah dan kelompok pembangkang dok sibuk dengan GEMBAR-GEMBOR memancing undi sahaja. Seolah-olah Malaysia ini KEBAL dari sebarang kesan. Tak mungkin KEBAL. Hanya orang yang terlalu bodoh sahaja percaya bahawa Malaysia ini KEBAL dari sebarang kesan ekonomi dunia. Saya amat kecewa dengan kedua-dua pihak ini kerana LALAI dari REALITI yang bakal menimpa rakyat. 

Setakat ini saya sanjung kebolehan mantan semua PM dan pasukannya yang mampu membawa Malaysia ke tangga 20an ekonomi dunia dari 183 negara. Tapi apakah tindakan yang patut pemerintah seterusnya ambil untuk menghadapi sebarang KEJATUHAN TEROK EKONOMI DUNIA yang bakal menimpa kita dan anak-anak kita? 

Kita perlu bersiap-sedia dengan langkah pro-aktif dan berjaga-jaga dari sekarang. Tapi apa?

Saya bukan orang yang bijak dalam hal ekonomi. Oleh itu, saya perlukan nasihat. Mungkin sahabat-sahabat yang lainpun turut memerlukan nasihat. Dan mungkin juga segenap rakyat Malaysia yang mencari rezeki memerlukan nasihat yang boleh membantu.
 
---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment