08 August 2012

Help Palestine [hidayahnet] Sejak Bila Ketua Polis Negara di Tugaskan Edar Bubur Lambuk??

 


Capture foto :

IMG_0015 : Antara penerima sumbangan bantuan zakat menanti giliran sumbangan yang disampaikan oleh Nurul Izzah Anwar

IMG_0014 : Salah seorang warga emas menerima bantuan zakat, barangan dapur dan kerusi roda daripada Nurul Izzah. Majlis terpaksa bertukar tempat di perkarangan Pangsapuri PPR  kerana tidak dapat kelulusan daripada pihak berwajib. 


Kuala Lumpur: Naib Presiden Parti Keadilan, Nurul Izzah Izzah Anwar  mempersoalkan tangungjawab Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang sering membantu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengedar bubur lambuk di sekitar Lembah Pantai.

Nurul Izzah  berkata, "sudah tiga kali saya terima aduan penduduk dan melihat sendiri Ketua Polis Negara edar bubur lambuk bersama Raja Nong Chik.

Memang rasa pelik, sejak bila Ketua Polis Negara mendapat tugas baru mengedar bubur lambuk sedangkan banyak lagi tugas  lebih penting perlu dilaksanakan. Apakah mereka sudah tidak ada kerja perlu di laksanakan?".

"Apakah ini transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia , Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak dalam menjaga keamanan Negara", soal Nurul Izzah dalam pada media petang semalam.

Menurut beliau, tugas ketua polis Negara memastikan semua anggota polis menjalankan tugas menjaga keamanan Negara. Isu jenayah semakin meningkat sehingga membimbangkan masyarakat.

 Katanya, "masyarakat  disini terutamanya di Briefieled  rasa keselamatan mereka tergugat  semenjak balai polis dirobohkan tahun lepas  sehingga jenayah  disini semakin meningkat".
 
Berbagai rungutan penduduk saya terima dan mereka mahukan balai polis baru dibina  seperti yang dijanjikan oleh Raja Nong Chik, tetapi malangnya sehingga hari ini janji manis yang ditaburkan tidak dilunaskan.


Juseru, "saya  mendesak agar  Raja Nong  lunaskan janjinya  untuk bina balai polis baru dengan mencari lokasi yang strategik  sebelum  penduduk mengadakan  protes bantahan. Begitu juga  Tan Sri Ismail Omar perlu kembali menjalankan tugasnya sebagai Ketua Polis Negara.

Raja Nong  perlu bertanggungjawab kepada masyarakat,  dan jangan salah guna kuasa mempergunakan anggota polis untuk kepentingan peribadinya.  Jangan tunjuk hero dengan menabur berbagai janji kosong  dengan  menipu rakyat", ujar Nurul Izzah merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai.  

Beliau kata demikian selepas menyampaikan sumbangan  bantuan zakat beserta barangan keperluan dapur kepada 200 penerima kepada golongan fakir miskin, ibu tunggal, warga emas, anak yatim piatu serta dua buah kerusi roda kepada warga emas dalam Majlis iftar Ramadhan  Jasamu di Kenang.



__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment