16 August 2012

Help Palestine [hidayahnet] Anggota keselamatan yang letupkan ATM di Melaka?

 

Laporan akhbar menyatakan tiga suspek yang meletupkan ATM di Bank Rakyat, Masjid Tanah adalah merupakan anggota pasukan beruniform. Jika benar, ini sesuatu yang membimbangkan kita semua. Adakah bahan letupan yang digunakan hak milik kerajaan, jika ya, dari jenis apa, C4, TNT, Gelatin, H6, PBXN, RDX, Carbide atau Mercun Bola?
 
Tiga suspek bom ATM ditahan
 
MELAKA 15 Ogos 2012 - Tiga suspek yang disyaki terlibat dalam kes rompakan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menggunakan bom buatan sendiri di cawangan Bank Rakyat, Masjid Tanah tiga hari lalu ditahan polis.
 
Kesemua mereka yang dipercayai anggota pasukan beruniform ditahan dalam tempoh kurang daripada 48 jam selepas kejadian itu.
 
Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, suspek utama yang berusia 24 tahun dan perancang kes ini ditahan pukul 1 pagi di sebuah premis kelmarin.
 
"Suspek kedua berusia 23 tahun yang merupakan rakan sekerjanya ditahan polis pada hari yang sama kira-kira pukul 5 petang juga di negeri ini.
 
"Suspek ketiga yang juga berusia 23 tahun ditahan di Pasir Puteh, Kelantan pada pukul 2.45 pagi semalam," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri hari ini.
 
 
Tiga penjawat awam berusia 23 dan 24 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian letupan bom di Bank Rakyat cawangan Masjid Tanah, Ahad lalu.
 
Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek yang mengenali antara satu sama lain dan bertugas di Melaka mengaku melakukan letupan itu untuk mendapatkan wang daripada mesin ATM berkenaan, katanya.
 
Dalam kejadian itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bank berkenaan menunjukkan seorang lelaki yang memakai topi keledar bertutup dan jaket berwarna biru memasang sesuatu pada sebuah daripada dua mesin ATM di premis itu pada pukul 3.23 pagi.
 
Bom dipercayai buatan sendiri itu meletup pada pukul 3.34 pagi. Ia hanya merosakkan bahagian luar mesin ATM dan gagal memecahkan peti simpanan wang mesin itu.
 
Suspek yang gagal mendapatkan duit daripada mesin ATM itu kemudian melarikan diri menggunakan motosikal.
 
 
He said initial investigations revealed that the civil servants decided to blow up the ATM because they were facing financial problems.
 
"We are now zooming in on how they obtained the explosives. We are also tracking down another accomplice," he said.
 
 

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment