13 August 2012

Help Palestine [hidayahnet] Pembinaan Masjid Seremban 2 dibatalkan?

 

Jika kita buat carian di Google mengenai Masjid Seremban 2, apabila ditaip Pembatalan Masjid Seremban 2 akan keluar paparan berikut ; "Membina Dan Menyiapkan Masjid Seremban 2 …. Pembatalan perlaksanaan projek yang telah dimaklumkan oleh ICU JPM". Pautannya adalah dilaman web JKR , tetapi apabila diklik pautannya, ianya tidak dapat diakses.
 
Ada sesiapa yang mengetahui status sebenar Projek Pembinaan Masjid Seremban 2 ini? Siapa kontraktor yang telah dilantik untuk membina masjid ini, jika tender sebelum ini telah dikeluarkan?
 
**************
Masjid Seremban 2 terbengkalai bahan kempen pembangkang
Berita Harian 13 Mei 2009
 
KETIKA kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan melakukan upacara pecah tanah projek pembinaan masjid untuk kegunaan masyarakat Islam yang tinggal di sekitar Seremban 2.
 
Bagaimanapun, sehingga kini pembinaannya belum menjadi kenyataan sehingga dijadikan isu bualan serta bahan kempen parti pembangkang.
 
Bagi saya, pembinaan masjid berkenaan perlu disegerakan.
 
Ia akan memudahkan penduduk yang tinggal di taman perumahan di sekitar Seremban 2 seperti Taman Oakland, Taman Megah, Bukit Kepayang dan taman lain dapat menunaikan sembahyang dengan selesa terutama solat Jumaat.
 
Untuk makluman, Taman Oakland, Taman Megah, Bukit Kepayang tidak mempunyai masjid.
 
Sembahyang Jumaat kini diadakan di sebuah surau Seremban 2 yang tidak dapat lagi menampung peningkatan jumlah jemaah.
 
Ia bukan saja menjadi tumpuan penduduk yang bermastautin di Seremban 2 tetapi juga kakitangan kerajaan yang bekerja seperti di Pejabat Tanah Daerah, Polis, bomba dan swasta, pekerja kilang, kakitangan pusat perniagaan Tesco dan Jusco di kawasan itu.
 
Kesesakan itu menimbulkan keadaan tidak selesa kepada jemaah.
 
Adalah menjadi harapan saya dan penduduk lain agar pembinaan masjid itu dapat disegerakan demi faedah penduduk yang bermastautin di sekitar kawasan Seremban 2 untuk menunaikan tuntutan agama.
 
JEMAAH SURAU,
Seremban, Negeri Sembilan.
 
 
Umat Islam di Negeri Sembilan akan memiliki tujuh masjid baru tidak lama lagi hasil sumbangan Yayasan Albukhary, milik ahli perniagaan tersohor ini.
 
Tujuh masjid itu akan dibina di Rantau; Seremban 2; Kampung Paroi; Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah, Rembau dan Taman Anggerik, Batu Kikir.
 
Beliau berkata, pembinaan masjid di Rantau berharga kira-kira RM7.9 juta yang boleh menampung 2,500 jemaah akan dibina menerusi derma dan sumbangan Yayasan Albukhary di Taman Ekar.
 
Masjid Seremban 2 pula berharga kira-kira RM7.5 juta dan mampu menampung 3,000 jemaah akan dibina menerusi peruntukan yang disalurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).
 
 
Kempunan masjid
 
Penduduk Seremban 2 kecewa tiada petunjuk projek akan dimulakan selepas majlis peletakan batu asas dua tahun lalu
 
SEREMBAN 2: Walaupun sudah lebih dua tahun majlis peletakan batu asas Masjid Seremban 2, di sini berlangsung, hingga kini hanya papan tanda projek kelihatan tanpa sebarang petunjuk projek itu akan dimulakan dalam masa terdekat. Tinjauan
 
Berita Harian ke tapak itu di belakang Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 mendapati, lalang dan pokok liar memenuhi kawasan yang sudah diratakan tanpa kewujudan sebarang cerucuk atau mesin.
 
Penduduk mendakwa, keadaan tapak terbiar itu seolah-olah memberi gambaran projek pembinaan masjid yang sebelum ini dikhabarkan bernilai RM7.5 juta tidak akan dimulakan dalam waktu terdekat.
 
Mereka kesal kerana walaupun Seremban 2 kini berkembang pesat dengan banyak kawasan perumahan baru serta pejabat dibuka dan bilangan penduduk dianggarkan puluhan ribuan orang, kemudahan masjid masih terabai.
 
Lebih dikesalkan, penduduk mendakwa mereka sebelum ini diberitahu peruntukan pembinaan satu-satunya masjid yang dikatakan mampu menempatkan 3,000 jemaah pada satu masa di Seremban 2 itu sudah diluluskan Jabatan Perdana Menteri.
 
Berikutan ketiadaan masjid itu, penduduk dan pekerja di Seremban 2 serta beberapa kawasan sekitar, termasuk buruh binaan warga asing, terpaksa menggunakan Surau Al-Ikhlas di Garden Homes yang kecil untuk menunaikan solat Jumaat atau pergi ke masjid yang lebih jauh di Mambau atau Taman Bukit Chedang.
 
Norazam Nayan, 44, berkata penduduk kawasan itu sangat memerlukan sebuah masjid yang selesa untuk menjadi pusat kegiatan komuniti masyarakat Islam yang bersepadu.
 
"Buat masa ini, tiada satu pun tempat di Seremban 2 yang boleh menjadi pusat kepada semua aktiviti keagamaan atau masyarakat Islam, menyebabkan setiap surau di kawasan perumahan hanya menjalankan aktiviti peringkat taman.
 
"Bukan kita tidak mahu bersatu padu, tetapi bagaimana hendak bersatu menganjurkan atau bekerjasama dalam aktiviti lebih besar yang dapat merapatkan silaturahim masyarakat Islam di sini jika kita tidak mempunyai masjid," katanya.
 
Beliau yang menyokong visi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang mahu menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan komuniti lengkap dengan kedai dan klinik, merayu kerajaan segera menjadikan impian masyarakat Islam di kawasan itu satu kenyataan.
 
Bagi Nor Rahmat Sulaiman, 47, keadaan di Seremban 2 sebenarnya agak janggal kerana amat jarang bagi sesebuah kawasan yang mempunyai ramai masyarakat Islam tidak mempunyai masjid.
 
"Jika kita pergi ke mana-mana sekali pun, terutama kawasan bandar baru seperti ini (Seremban 2), pasti akan menemui masjid. Bagaimanapun, keadaan di sini amat berbeza kerana tiada masjid walaupun dilengkapi segala kemudahan lain termasuk beberapa sekolah dan pasar raya," katanya.
 
Mahmood Shariff, 57, yakin kerajaan mempunyai rancangan untuk mendirikan masjid di kawasan itu tetapi tidak pasti faktor yang menjadi penghalang kepada pembinaannya.
 
"Dua tahun lalu, kita dijanjikan pembinaannya dengan batu asas serta majlis pecah tanah sudah dilakukan. Itu bermakna kerajaan memang ada perancangan dan tidak meminggirkan keperluan utama masyarakat Islam di sini.
 
"Namun, projek itu kemudian senyap dan tapak berkenaan langsung tidak terusik, menyebabkan kita tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku. Apa pun, kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi dan berharap kerajaan menyegerakan pembinaannya demi kepentingan bersama," katanya.
 
Sementara itu, seorang pegawai kerajaan yang enggan namanya disiarkan, berkata projek itu sudah diluluskan pada 2008, tetapi peruntukan pembinaan ditangguhkan atas sebab tertentu.
 
"Buat masa ini, permohonan untuk mendapatkan peruntukan yang dijanjikan sebelum ini sedang giat diusahakan kerana kita menyedari keperluan yang mendesak," katanya.
 

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment