21 August 2012

Re: Help Palestine [hidayahnet] ULAMA POLITIK DAN RAKYAT MURTAD

 

UMNO buat banyak kebaikan bukankah juga kerana ada udang di sebalik mee ?? Bukan setakat kebaikan, bahkan berbagai kejahatan dilakukan tetapi kerana mreka kuasai berbagai agensi dan media massa, maka segala jahat mereka ditutup oleh agensi2 yg terpaksa ikut telunjuk mreka. Tak cukup dgn menutup kejahatan mereka, mereka tutup pula kebaikan org lain !! Nak tau tanyalah pegawai2 kerajaan yg dah bersara, polis ka, tentera ka, pengerusi spr ka !! ahli umno yg keluar umno ka !! Jika org politik "mengurangkan" umat Islam carilah sebab mengapa, eloklah tuan belajar lebih mndalam tentang aqidah tauhid, syiriq (yg Nabi SAW sendiri bimbang kerana kata beginda syirk bagaikan seekor semut yg melata diatas batu hitam pada waktu malam), tak risau kah tuan ?? Jangan dok marah ulamak politik kerana kita tak risau sebagaimana Nabi sendiri amat risau, begitu juga dgn ulamak pewaris Nabi (yg berpolitk risau tentang syirik berkaitan politik), usah pandang sepi perkara ini demi nak mempertahan parti politk Melayu. Tak perlulah nak hujah apa2 lagi kerana rakyat sama ada yg Islam mau pun bukan Islam semakin tahu penyelewengan demi penyelewengan umno n tak perlu tuan mengalih isu dgn memuji kerja2 ngo !! Tahukah tuan ada ngo yg aktif berdakwah tpi cukup kecewa dgn parti yg berkuasa dlm kerajaan terutama parti Melayu, sebab hari ini mereka usaha berbuat dakwah, ada yg terima Islam n mula fahami tuntutan Islam, tapi sedihnya esok harinya mualaf2 itu diajak kepada maksiat oleh agensi kerajaan sendiri !! Walau pun berat bagi mereka tapi dgn mcm2 pujukan (mungkin  juga ugutan) akhirnya mereka terpengaroh juga !! Selamat Hari Raya Aidilfitri , maaf zahir n batin !!


From: "amri el wahab .@yahoo.com" <amri el wahab .@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, August 16, 2012 1:33 AM
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] ULAMA POLITIK DAN RAKYAT MURTAD

 
Orang dakwah pun berpolitik tetapi politik mereka "politik dakwah".Orang politik pun kata mereka berdakwah tetapi dakwah mereka "dakwah politik".Dakwah politik maksudnya dakwah yang ada udang di sebalik mee iaitu bermatlamat memancing dan meraih undi (bukan matlamat nak didik umat manusia). Jarang sekali orang politik ingin mahu membantu kerja orang dakwah tulin melainkan seseorang pendakwah itu membodek mereka. Sebab itu dalam berpolitik mereka sentiasa mencari alasan untuk menidakkan dan memperlekehkan hasil kerja orang dakwah dengan berbagai bagai dakwaan,fitnah dan tuduhan saperti pro kerajaan atau bodek kerajaan. Dan juga berbagai bagai tohmahan,dakwaan dan fitnah di lemparkan saperti mengatakan selepas orang kafir di Islamkan mereka di abaikan dan tidak terbela.Kalau mereka tak terbela adakah orang politik tampil membela? Walhal mereka sengaja pejamkan mata dan buat buat tak faham atau buat buat tak nampak dan tak tahu bahwa mualaf mualaf sentiasa di beri bimbingan, pendidikkan dan bantuan kebajikan yg sistematik dan konsisiten melalui badan badan dakwah milik kerajaan dan NGO NGO.Sepatutnya parti parti politik pun turut membantu dalam perkara ini.Adakan biro kebajikan dan bantuan masyarakat utk membantu golongan mualaf, dan anak yatim yg di katakan terabai ini.Kalau adapun hanya dgn skala yg acuh tak acuh.Orang mualaf yang ada di tangan mereka pun bukan di ajar sungguh sungguh nilai nilai murni dalam beragama sebaliknya jiwa mereka di tanam dgn benih kebencian dan di ajar bagai mana membenci kerajaan dan lain lain badan agama yg tidak selari dengan fahaman parti mereka.

Dakwah politik orang politik ialah mengurangkan bilangan umat Islam kerana mereka gemar "keluarkan" atau "pecat" umat Islam dari Islam dgn cara menjatuhkan hukuman hukuman fasiq, munafiq dan kafir.Sedangkan politik dakwah orang dakwah ialah berusaha meramaikan umat Muhammad SAW dgn kerja memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada umat Islam yang sedia ada yg tergelincir dan terpesong.Orang dakwah "repair dan rawat" umat yang rosak.Orang politik  tak tahu nak "repair dan rawat" manusia.Sebaliknya mereka hanya tahu menambah rosakkan lagi umat yang rosak dengan mengisitihar kan mereka fasiq, munafiq atau kafir lantas melabelkan mereka "BER" (Beyond Economical Repair) yg wajib di lupuskan saperti yang mereka lakukan terhadap orang Islam Umno. Bagi mereka 3 juta lebih ahli Umno adalah BER kerana mereka dakwa tolak Islam.Dan ditangan merekalah umat Islam berkurangan sebanyak jumlah itu ( 3 juta lebih).Adakah di akhirat kelak Nabi Muhammad SAW akan berbangga dengan kerja mereka ini? Berbangga kerana mereka telah berjaya mengurang kan jumlah umat Muhammad SAW? Wallahu'alam.


To: hidayahnet@yahoogroups.com
From:
Date: Sat, 11 Aug 2012 18:43:35 -0700
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] ULAMA POLITIK DAN RAKYAT MURTAD

 

Wkslm
Saya tak nafikan ada pihak yg Islamkan ramai bukan Islam tp selepas Islam nya mereka apa jadi kpd mreka ? Apakah mereka benar2 jadi org beriman? Ramai yg hanya jadi Islam mcm Islam org UMNO !! Islam saja tidak cukup. Nabi  SAW amat risau keadaan umatnya di akhir zaman krana akan berlaku mreka yg paginya Islam tp petang nya kafir, ada yg petangnya Islam paginya pula kafir !! Skadar Islam kerana bangsanya Melayu tidak ada dalil... bangsa Arab lebih berhak utk ngaku otomatik mreka adalah Islam tp hakikatnya ramai yg tidak Islam !! Apa perlu saudara risau tentang ulama politik yg "memurtadkan" ramai org Islam? Kalau mreka tidak berbuat yg murtad mreka tak akan murtad walau seribu kali dikatakan murtad oleh ulamak politik !! Wallahua'lam.


From: "amri el wahab .@yahoo.com" <amri el wahab .@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, August 8, 2012 10:46 AM
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] ULAMA POLITIK DAN RAKYAT MURTAD

 
Salam,

sdr Kholid,

Terima kasih di atas komen tuan.Sukacita sekiarnya tuan dapat kemukakan fakta bahawa selama ini ulama politik telah mengislamkan ramai manusia berbanding dengan ulama dan jemaah atau badan badan dakwah saperti PERKIM.

Setahu saya mereka (ulama politik) kurang berdakwah utk tujuan mengislamkan yg bukan Islam tetapi sibuk berpolitik utk meraih atau menagih undi dari manusia.Mereka juga kurang berusaha utk membasmi gejala murtad.Mungkin mereka ada unit amal.Unit gempur pun ada.Tetapi unit pencegah maksiat dan murtad tak ada kot?


To: hidayahnet@yahoogroups.com
From:
Date: Sat, 4 Aug 2012 08:06:52 -0700
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] ULAMA POLITIK DAN RAKYAT MURTAD

 

Saya rasa penulis ini sangat cetek pemikirannya, mengecam ulamak berpolitik sebagai cetek akal tapi sebenarnya tuan lah yang cetek akal !! Nak tanya tuan, dah berapa ramai org Islam di Malaysia yg gugur kerakyatan kerana murtad? ugutan Allah swt dalam al Quran pun mereka tak takut inikan setakat ugutan tak layak tiggal di Malaysia!! Usah mereka-reka konsep sendiri yg tak ada sebarang dalil yg "Melayu itu Islam, Islam itu Melayu". Mengapa tuan sangat risau takut lebih ramai lagi Melayu Kafir kerana dikafirkan ulamak politik, sepatutnya tuan risau mreka benar2 jadi kafir !! Mem
ang ramai akan jadi kafir jika ulamak politk tidak wujud, apabila pemimpin politik jahil agama yang tak ambil peduli bahawa politik mereka menyesatkan !! Wallahua'lam.


From: "amri@yahoo.com" <amri@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Friday, July 27, 2012 8:12 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] ULAMA POLITIK DAN RAKYAT MURTAD

 
Peranan yang perlu dimainkan oleh setiap umat Islam dalam menangani isu murtad ialah berdakwah. Dakwah ini perlu dilakukan bukan sahaja di dalam masjid, surau dan media Islam. Ia perlu dilaksanakan secara formal dan tidak formal. Keterlibatan golongan yang tinggi ilmu agama diperlukan bagi mengetuai gerakan dakwah. Peranan Ulama' adalah untuk mengajar dan menasihat, bukan melemparkan fitnah dan berita palsu kepada rakyat. Apabila politik kepartian dicampuraduk dengan agama maka ramai yang telah menggunakan agama Islam sebagai wadah politik mereka. Ayat Al-Quran dan hadis digunakan dengan niat yang salah. Mereka menggunakan maksud ayat-ayat yang datang dari Allah untuk kepentingan politik mereka. Setiap ceramah yang kononya berasaskan agama akan dipenuhi dengan tuduhan dan fitnah kepada penentang golongan ini. Semua yang tidak bersefahaman akan digelarkan kafir. Maka Islam itu akan dilihat sebagai sebuah agama yang sering menghukum walhal telah disebutkan dalam Al-Quran yang Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.

Murtad adalah satu pandemik yang perlu dihapuskan secepat mungkin. Jika seseorang Melayu Islam itu ingin keluar daripada agama Islam, mereka harus sedar Malaysia bukan lagi menjadi negara mereka. Secara tuntasnya, jika tugasan ulama' untuk mengetuai jemaah dakwah diabaikan dan di kembangkan menjadi ahli politik yang cetek akal, kita khuatir pada suatu hari nanti, negara ini akan wujud lebih ramai lagi Melayu Kafir. Para Ulama' politik harus kembali kepada tugas asal mereka iaitu mendidik dan menasihat. Wallahualam. 

Sumber.

===================================
Salaam & Regards
Amri el Wahab
My Blog: http://hembusan-amal.blogspot.com/
=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.









__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment