21 August 2012

Re: Help Palestine [hidayahnet] ULAMA POLITIK DAN RAKYAT MURTAD

 

Salam sejahtera akhi amri yg petik statement dibawah, boleh sya dptkan teks penuh n siapa yg tulis? just nak dptkn penjelasan detail dari penulis,...

Sya ada point yg x clear dri tulisan dibawah:

1. apa maksud ulama di malaysia guna nas utk kepentingan politik mereka berbanding dakwah?

penjelasan pertama

--sebetulnya, politik adalah sebahagian dari kehidupan org beriman. Dlm khutbah raya semalam, sya ada menyatakan kepada sidang hadirin bahawa tujuan utama rasullulah bersusah berhijrah dari mekah ke madinah adalah kerana nak berpolitik secara islam, jadi ketua negara islam. so nak jadi ketua negara mestilah menguasai politik,,,terutama dlm msyarakat majmuk yahudi, bani qainuqa`,nadzir dan quraizah....(.boleh rujuk sirah ibn ishak, rahiq mahktum, fiqh sirah buti, durus wa ibar mustaffa mashur n munir ghadban....) pada pendiskusi sekelian boleh rujuk disitu sebagai kefahaman ilmah kita semua...

sekiranya rasullulah saw hanya pentingkan dakwah n ibadah,,memadai beliau tinggal dimekkah,, dakwah perlahan2....sampai beliau wafat,,,beribadat lebih banyak pahala dimakkah,,boleh rujuk hadith sohih bukhari n muslim...tapi ulama beri jawapan mengapa perlu berhijrah meskipun bole ber DAKWAH n beribadat,,,kerana x sempurna islam tanpa poltik...politik digunakan utk berkuasa nak bangunkan negara madinah...so islam perlu pada POLITIK N DAKWAH

penjelasan kedua
dalam islam yg syumul,, Allah perintahkan nabi2nya berdakwah dan berjihad dgn pedang....(nak jihad kena guna ilmu politik...) so semua rasul2 berdakwah..tpi dlm masa yg sama mereka berpolitik,,contoh,,nabi yusuf minta dari aziz,,raja mesir,,jawatan khoza in ard,,,minister of finance...insylah boleh rujuk surah yusof,,sya baru baca semalam surah tu n ayat tu..alhamdulilah...org yg faham politik sahaja yg layak jadi minister of finance,,klu setakat tahu accounting, math,,banking...x sempurna n x qualify utk pegang jawatan tu...so ringkasnya nabi yusof jadi org politik bersama politikus mesir waktu tu...so islam perlu pada POLITIK N DAKWAH

penjelasan ketiga
nabi sulaiman as juga menjadi rasul n org politik,,,cuba dakwah cara lembut putri balqis (melalui burung hud2) ,,,tpi bila balqis x berapa nk terima dakwah, so nabi sulaiman guna kuasa politik dgn arahkan tenteranya utk angkat istana balqis....sungguh menarik cerita tu..sya suka sngat2 baca bahagian tu,,jom sama2 kita baca ayat tu...so islam perlu pada POLITIK N DAKWAH

penjelasan keempat
lojiknya,, lidah kita yg normal ada 5 deria rasa, masam,masin,manis,pahit, (trbaru research di USA ckp lemak... so sama dlm kehidupan manusia yg normal...kena semua ada sosial, ekonomi, budaya, agama dan termasuklah POLITIK...n so on,,so klu cukup semua ni..baru dikira pemikiran kita sihat...cuma kekeliruan kebanyakan org adalah,,bila sebut politik,,kotor...

pembetulannya ialah,,politik x kotor,,yg kotor adalah politikus....org politik yg x ada asas agama...biasanya..mereka yg directly involve dgn politik n x bersama ulama,,dia akan kotorkan politik..tpi klu yg berpolitik n bersama2 dgn ulama,,mereka mesti sentiasa di pantau....

so islam menuntut ulama supaya sentiasa berDAKWAH n BERPOLITIK...kurang tepat klu ckp ulama gunakan nas quran utk berpolitik...

siapakah ulama berpolitik itu?

syikh abdul majid zindani,,ulama kt yaman,,ckp mereka yg berjihad betul2 lawan musuh islam sama ada dgn perang atau sebagainya, mereka yg berdakwah dan mereka yg berpolitik..syiekh ni sendiri amat saya kagumi..kerana belaui sendiri buat semua ketiga2 tu..termasuk jihad lawan rusia di afghan.....

klu ulama dimalaysia yg pernah sya tahu mempunyai ciri2 diatas antaranya ialah; Ust Haji Abdul Hadi,,klu x silap president PAS sekarang...dia seorang ulama yg ada tiga sifat diatas seperti yg disebut oleh guru sya diatas...
1.  berdakwah...beliau berdakwah setiap masa,,dn yg regularnya setiap pagi jumaat di masjid rusila terengganu...subhanallah,,dari dia balik madinah,azhar, 1980-an dulu, sampai hari ni,,dah berapa kali dia ulang pengajian tafsir quran (sya tahu sebab pernah tolong adik siapkan thesis dia, so kena interview Ust Haji Abdul Hadi berkaitan tafsiran dan aktiviti dakwah beliau..) subhananalah rujukannya memang dari ulama yg muktabar... klu beliau pilih masuk uni jadi pensyarah waktu balik dulu,,sekarang dh jadi Profesor dlm bidang pengajian islam kot....cz ilmu beliau masyaallah alaih..utk makluman..anak beliau sendiri dikahwinkan dgn seorang cina yg baru masuk islam,,,setelah dilafazkan syahadah dihadapan ust Hadi,,beliau bukan setakat berdakwah islamkan plajar cina tersebut,,tetapi sempat berfikir mcm mana nak didik n jaga aqidah si mualaf ni, so anaknya dengan rela hati berkahwin n bimbing pelajar trsebut...subhanallah,,,kerja yg mungkin rmai org x nampak,,kerana x di publishkan dimana2 akhbar....

2. berjihad...beliau sendiri sentiasa berjihad,,mengikut kontek dimalaysia....contoh...jihad ekonomi,,,ketika sya di negeri arab,,saya pernah melihat duit infaq daripada duit pribadi beliau (x boleh nyakan..tpi puluh ribu USD,, klu ikhwah2 ingt,,waktu tu,,dia menang kes tuduhan di london) subhanallah....suatu benda yg susah nk di terima..kerana klu ikhwah2 ke terenngganu,,boleh singgah sekejap kt marang,,tengok rumah dia,,,sama cm rumah ayah saya kt kampung jer...sya terfikir,,sebab apa dia x gunakan duit puluhan USD tu utk naik taraf rumah dia...subhanallah...

3. berpolitik ; beliau ambil kesempatan berpolitik secara islam dlm parlimen malaysia..ayat2 hadidh politik di perdengarkan ketelinga ahli parliment ..satu pengajaran yg baik,,yg susah di temui dimana2,,sya waktu di terengganu dulu,,pernah berkesempatan masuk persidngan DUN sebagai pemerhati,,masyaalah ,,dewan dun digunakan sebagai medan berpolitik secara islam,,isu semasa rakyat diselang seli dgn nas2 quran barkaitan dgn politik...

so tringat pesanan guru kami syiekh abdul majid zandani,,yaman...antara ciri ulama hakiki adalah ada 3 sifat diatas,,selain sifat2 yg lain lagi...

penjelasan kelima

rasul2 terdahulu,,khulafa arrasyidin,,ulama terkemudian,,semua berdakwah dan menggunakan nas quran utk berpolitik....boleh rujuk kitab ibn taymiyyah siyasah sariayyah,, prof qardawi, politik islam, negara islam, munir ghadban, kerjasama politik, ust hadi ,,berpolitik gaya khulafa` arrasyidin,, al mawardi,,ahkam sultoniah..
semua kitab2 yg saya sebut (memang ada dlm mini lib sya) berkisar tentang imlu politik dlm islam,,diselang seli dgn quran.. dn x ada istilah ulama x boleh berpolitik,,politik kotor...kena asingkan dakwah n politik....subhanalah..ikhwah2 sekelian..mari lah sama2 kita gali khazahnah ini,,than bagi lebih bermutu tulisan n discussion kita...

sebab tu,,sya nak tahu siapa yg tulis dlm kenyataan yg di petik oleh akhi Amri....

wallahua`lam...


From: "Kholid@yahoo.com" <Kholid@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, 19 August 2012, 7:34
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] ULAMA POLITIK DAN RAKYAT MURTAD

 
Ajak org masuk Islam kerja Mat Sabu sajakah ?? Kerja org Islam bukan takat ajak kpd makruf tapi juga mencegah mungkar !! Dah mcm2 agensi kerajaan dok ada, buat la kerja dakwah !! Ada juga buat kerja dakwah tapi dakwah ala UMNO takat masuk Islam sajalah tapi iman mereka bagaimana ?? Kalau ramai yg dah Islam (kerana Melayu) pun dok "jalan tempang" berapa ramai bukan Islam minat nak masuk Islam !! Takat bangga ramai dpt Islamkan bukan Islam tak perlu, Nabi  SAW tak bangga (sangat risau) dgn ramainya org Islam di akhir zaman kerana ada hadith beginda sebut lebih kurang "ramai tp mcam buih di laut...". antarnya ramai tp taat kpd pemimpin (UMNO) sama seperti taat kpd Allah !! Perintah Allah mreka engkar, engkar (lakukan apa yg ditegah) masih boleh kerana hukum nya sekadar dosa, dosa masih boleh bertaubat tapi kalau hukum/syariat ditolak, tak ada taubat2 punya, ini kepala segala kemungkaran !! Ngjilah bab aqidah tauhid mungkin baru gheti kut maksud beriman dgn Allah. Ada puak yg baru masuk Islam (di zaman Nabi SAW) bertemu Nabi menyatakan mreka telah beriman tp Nabi katakan kpd mereka (ada ayat Allah) bahawa kamu baru Islam, maknanya belum benar2 beriman. Carilah sebab2nya mengapa !! Wallahualam.


From: "naza@yahoo.com" <naza@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, August 12, 2012 8:12 AM
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] ULAMA POLITIK DAN RAKYAT MURTAD

 
hahahahaha..


cuba  tanya mat sabu berapa ramai yg dia telah islamkan  orang bukan islam selama dia dok di Malaysia dan jadi lebai  pas..


To: hidayahnet@yahoogroups.com
From:
Date: Wed, 8 Aug 2012 10:46:57 +0800
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] ULAMA POLITIK DAN RAKYAT MURTAD

 

Salam,

sdr Kholid,

Terima kasih di atas komen tuan.Sukacita sekiarnya tuan dapat kemukakan fakta bahawa selama ini ulama politik telah mengislamkan ramai manusia berbanding dengan ulama dan jemaah atau badan badan dakwah saperti PERKIM.

Setahu saya mereka (ulama politik) kurang berdakwah utk tujuan mengislamkan yg bukan Islam tetapi sibuk berpolitik utk meraih atau menagih undi dari manusia.Mereka juga kurang berusaha utk membasmi gejala murtad.Mungkin mereka ada unit amal.Unit gempur pun ada.Tetapi unit pencegah maksiat dan murtad tak ada kot?


To: hidayahnet@yahoogroups.com
From:
Date: Sat, 4 Aug 2012 08:06:52 -0700
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] ULAMA POLITIK DAN RAKYAT MURTAD

 

Saya rasa penulis ini sangat cetek pemikirannya, mengecam ulamak berpolitik sebagai cetek akal tapi sebenarnya tuan lah yang cetek akal !! Nak tanya tuan, dah berapa ramai org Islam di Malaysia yg gugur kerakyatan kerana murtad? ugutan Allah swt dalam al Quran pun mereka tak takut inikan setakat ugutan tak layak tiggal di Malaysia!! Usah mereka-reka konsep sendiri yg tak ada sebarang dalil yg "Melayu itu Islam, Islam itu Melayu". Mengapa tuan sangat risau takut lebih ramai lagi Melayu Kafir kerana dikafirkan ulamak politik, sepatutnya tuan risau mreka benar2 jadi kafir !! Mem
ang ramai akan jadi kafir jika ulamak politk tidak wujud, apabila pemimpin politik jahil agama yang tak ambil peduli bahawa politik mereka menyesatkan !! Wallahua'lam.


From: "amri@yahoo.com" <amri@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Friday, July 27, 2012 8:12 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] ULAMA POLITIK DAN RAKYAT MURTAD

 
Peranan yang perlu dimainkan oleh setiap umat Islam dalam menangani isu murtad ialah berdakwah. Dakwah ini perlu dilakukan bukan sahaja di dalam masjid, surau dan media Islam. Ia perlu dilaksanakan secara formal dan tidak formal. Keterlibatan golongan yang tinggi ilmu agama diperlukan bagi mengetuai gerakan dakwah. Peranan Ulama' adalah untuk mengajar dan menasihat, bukan melemparkan fitnah dan berita palsu kepada rakyat. Apabila politik kepartian dicampuraduk dengan agama maka ramai yang telah menggunakan agama Islam sebagai wadah politik mereka. Ayat Al-Quran dan hadis digunakan dengan niat yang salah. Mereka menggunakan maksud ayat-ayat yang datang dari Allah untuk kepentingan politik mereka. Setiap ceramah yang kononya berasaskan agama akan dipenuhi dengan tuduhan dan fitnah kepada penentang golongan ini. Semua yang tidak bersefahaman akan digelarkan kafir. Maka Islam itu akan dilihat sebagai sebuah agama yang sering menghukum walhal telah disebutkan dalam Al-Quran yang Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.

Murtad adalah satu pandemik yang perlu dihapuskan secepat mungkin. Jika seseorang Melayu Islam itu ingin keluar daripada agama Islam, mereka harus sedar Malaysia bukan lagi menjadi negara mereka. Secara tuntasnya, jika tugasan ulama' untuk mengetuai jemaah dakwah diabaikan dan di kembangkan menjadi ahli politik yang cetek akal, kita khuatir pada suatu hari nanti, negara ini akan wujud lebih ramai lagi Melayu Kafir. Para Ulama' politik harus kembali kepada tugas asal mereka iaitu mendidik dan menasihat. Wallahualam. 

Sumber.

===================================
Salaam & Regards
Amri el Wahab
My Blog: http://hembusan-amal.blogspot.com/
=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.









__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment