13 August 2012

Help Palestine [hidayahnet] Sumbangan/Sedeqah/Infaq/Waqaf

 

AssalamualaikumWarah Matullah
 
Y.Bhg Datuk/Y.H. Dato'/Tuan/Puan,
 
(Setelah anda membaca maklumat ini, harap dapat sebar-sebarkan kepada kenalan anda agar mereka juga dapat beramal jariah seperti  anda, terima kasih)
السلام عليكم
 
Akademi Pengajian Sahabat Insani (APSI) adalah pusat kebajikan dan penempatan yang menaungi golongan orang kurang upaya (OKU) – bermasalah pendengaran, penglihatan dan pembelajaran untuk mendalami ilmu Islam. Kajian menunjukkan bahawa, golongan ini amat lemah dalam penguasaan asas agama, pengetahuan akidah dan ibadah juga sangat lemah. Kekurangan kelas pengajian awam setelah mereka tamat persekolahan juga menyebabkan peluang untuk mereka mendalami agama Islam hampir tertutup disebabkan ketiadaan tempat belajar. Justeru, APSI ditubuhkan buat pertama kalinya di Malaysia untuk memantapkan nilai-nilai keIslaman dikalangan warga OKU.
 
APSI memulakan operasinya pada 1 September 2012 dengan menyewa sebuah rumah kedai di alamat PT12923 dan PT12923A, Jalan BBN 1/7F, Putra Nilai, Nilai, Negeri Sembilan. (Berdekatan Masjid Putra Nilai dan Dataran Nilai) dengan menempatkan 18 orang kanak-kanak OKU dari sekitar Selangor dan Negeri Sembilan. Pelajar-pelajar ini dididik dan diajar agar menjadi insan yang kenal diri dan Penciptanya, berperibadi mulia serta mampu memajukan diri, dan akhirnya akan memberi manafaat kepada orang lain di suatu masa nanti.
 
Berkat kesungguhan dalam memperjuangkan nasib golongan OKU ini, APSI telah membeli tanah untuk membina Kompleks Sahabat Insani di Lot No.11995, Jijan, Mukim Labu, Seremban, Negeri Sembilan. Kos pembinaan kompleks dianggarkan bernilai RM7 juta yang dilengkapi Bangunan 4 Tingkat berbentuk U yang merangkumi :
a)      1 Dewan Besar
b)      3 Dewan Kuliah
c)      30 Bilik Tutorial
d)     1 Pejabat Pentadbiran
e)      1 Surau
f)       1 Pusat Sumber
g)      1 Bilik Sukan
h)      1 Bilik Rawatan
i)        1 Bilik Percetakan
j)        2 Unit Stor
k)      1 Kafetaria
l)        24 Unit Penginapan
m)    10 Unit Bangunan Komersial
 
Oleh itu, dengan tanggungan yang bertambah dan kapasiti yang terhad, APSI sangat mengalu-alukan sumbangan yang berterusan dari orang ramai untuk menjayakan hasrat ini. Pihak APSI juga berhadapan dengan cabaran kerana golongan OKU tidak termasuk dalam golongan Asnaf. Justeru sumbangan dari lembaga zakat untuk membiayai pusat ini amat sukar direalisasikan akibat masalah birokrasi dan seumpamanya.
 
 
 
BENTUK-BENTUK SUMBANGAN YANG BOLEH DIHULURKAN:
 
 
1)      Wang tunai: dengan masukkan terus ke akaun CIMB Islamik Bank atas nama; 
 
TABUNG PEMBANGUNAN PUSAT PENDIDIKAN SAHABAT INSANI
 (no akaun: 12300000574100)
 
2)       Zakat: zakat wang simpanan/zakat harta/zakat perniagaan/zakat emas dan sebagainya.
 
3)       Bayaran Fidyah: mengganti bagi mereka yang tidak berupaya mengqadha' puasa Ramadhan kerana uzur syar'ie.
 
4)       Menaja peralatan pejabat baru/terpakai.
  
5)       Menaja sewa premis pejabat dan asrama. (RM5,000 sebulan)
 
6)    Menaja pembayaran bil utiliti (TNB, Syabas, Indah Water dan Telekom). (RM1,500 sebulan)
 
7)    Kenderaan: van atau kereta untuk pengangkutan ke sekolah, mengambil dan menghantar barang-barang bantuan. (Pengangkutan RM2,500 sebulan)
 
 
APSI sangat mengalu-alukan sumbangan dari tuan/puan, badan-badan korporat, agensi-agensi kerajaan, NGO dan sebagainya demi memastikan segala keperluan mereka ini sentiasa terbela.
 
Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan akan mengeratkan lagi ukhuwah serta menyuburkan rasa kasih-sayang di kalangan kita dan mendapat nilaian di sisi Allah, agar mendapat keredhaanNya untuk keselamatan di dunia dan di akhirat.
 
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalannya kecuali tiga perkara : Sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya" (Hadis Sahih – Riwayat Muslim)
 
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya. (Ali Imran : ayat 92)
 
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi;
 
AKADEMI PENGAJIAN SAHABAT INSANI
PT12923 dan PT12923A, Jalan BBN 1/7F, Putra Nilai, NIlai, Negeri Sembilan
Facebook : Persatuan Kebajikan Sahabat Insani Malaysia 
Fax : 03-87050642
Mohd Johaary Abdul Hamid (019 3247981)
Ustaz Mohd Huzairi Husain  (0196632151)
 
p/s - Sila SMS kepada saya sekiranya Y.Bhg Datuk/Y.H. Dato'/Tuan/Puan telah bank-in pada akaun berkenaan. Sekian, terima kasih.
 
-Mohd Johaary Abdul Hamid
019 3247981

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment