25 May 2012

Help Palestine [hidayahnet] Skim Tunas Ringan Beban Ibubapa Pendapatan Rendah

 

 
 
 
IMG_9466-98 :


Penyampaian cek untuk Sek Agama rakyat dan SJKC di Shah Alam petang semalam


Shah Alam , 25 Mei : Seramai 3,000 kanak-kanak dari keluarga miskin akan menjadi perintis di dalam skim bantuan tadika yanag akan dilancarkan Julai 1 nanti.

Melalui "Skim Tunas" Kerajaan Selangor ini, keluarga tersebut yang berpendapatan kurang daripada RM 1,500, akan menerima bantuan RM50 sebulan bagi menghantar anak mereka ke tadika, kata Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr. Halimah Ali dalam ucapan sidang medianya di SUK, Shah Alam, disini petang semalam.

Beliau menambah, skim tersebut akan menggunakan peruntukan RM 1 juta di bawah Geran Selangorku untuk tahun ini.

"Perlaksanaan bantuan ini juga akan dikendalikan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri, Rantai Mesra Sdn. Bhd yang turut akan dipantau oleh Majlis Permuafakatan Tadika Selangor."

Kerajaan Negeri telah menjalankan kajian bagi mendapatkan data yang diperlukan bagi memastikan program tersebut sampai ke sasaran.

"Kita mengupah seorang pengkaji daripada Universiti Malaya (UM) untuk mengkaji taburan tadika-tadika di seluruh negeri Selangor termasuk lokasinya, bilangan pelajar, dan keadaan tadika yang ada.

"Sebelum itu juga, kita ada mendapatkan data daripada Jabatan Pelajaran namun hanya beberapa sekolah sahaja yang ada sekolah tadika, begitu juga dengan data Jabatan Perpaduan dan Jabatan Kebajikan yang kesemuanya di bawah kementerian yang berbeza.

"Selain tadika yang disebut tadi, kita juga ada tadika yang dikelolakan oleh badan-badan lain seperti ABIM, PASTI mahupun tahfiz, sebab itulah kita mahu faham kesemua maklumat ini sebelum melaksanakannya," jelas Dr. Halimah
 
Editor : Khaulah Azwar





__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment