21 May 2012

Help Palestine [hidayahnet] Isteri Tahanan ISA Terima Anugerah

 



 
9407: Perasmian Amalnita oleh Dr Halimah

9431:  Norlaila kiri bersama Dr Halimah,  Presiden AMAL, Husin Ismail

9441 : Tiga wanita sri  kandi yang begitu kental hati menerima berbagai ujian.


Shah Alam, 21 Mei : Nor Laila Osman setia dan sabar menuntut kebebasan suaminya  Mat Sah Mohd Satray yang  pernah ditahan selama lapan tahun lalu. Suaminya menjadi mangsa kekejaman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Penerima Anugerah Isteri Setia, merupakan seorang guru di sebuah sekolah swasta dan juga aktivis Gerakan Mansuh ISA (GMI) yang berjuang mencari jalan bagi membebaskan suaminya sejak 2002 hingga 2009.

Nor Laila berkata, "walaupun suaminya  dibebaskan namun dia akan terus bersama GMI untuk menerangkan kepada seluruh rakyat tentang akta tersebut.

"Saya tidak akan berhenti daripada terus menyebarkan maklumat mengenai kekejaman ISA ini," katanya  ketika temubual media.

Anugerah ini merupakan penghargaan daripada AMALNITA yang bernaung di bawah Yayasan Amal Malaysia (AMAL) yang  disampaikan oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali bersama Presiden AMAL, Husin Ismail pada Majlis Pelancaran AMALNITA di Kompleks PKNS, Shah Alam, disini.

Selain pelancaran AMALNITA, majlis  yang telah berlangsung sabtu baru-baru ini juga turut mengumpulkan sukarelawan untuk kerja-kerja kemasyarakatan serta misi bantuan kemanusiaan akan datang.

Selain Nor Laila, seorang warga emas Raden Siti Bahja Munir,73, turut menerima Anugerah Siti Khadijah di atas sumbangan selama 37 tahun meneruskan kerja dakwah dan kemasyarakatan.

Beliau melibatkan diri dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) dan banyak menginfakkan harta untuk kerja-kerja amal sejak tahun 1975 sehingga kini.

Bagi Anugerah Ibu Berjasa, penerimanya adalah Siti Habsah Zakaria, 52, yang mengidap kanser payudara tahap ketiga.

Wanita gigih ini membesarkan empat orang anak termasuk seorang anak Orang Kurang Upaya (OKU) selepas suaminya meninggal dunia semasa anak-anaknya masih kecil.
 

Editor : Khaulah Azwar




__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment