08 May 2012

Help Palestine [hidayahnet] Kasih anak: Saya tidak pernah derhaka

 

Allahyarham ayahanda saya, Pak Ali senantiasa mendidik saya untuk patuh kepada tuntutan Al-Quran, berakhlak luhur dan tuntas istiqamah kepada prinsip perjuangan. Didikan dari kecil untuk menghormati serta mengasihi kedua ibu-bapa sesuai dengan pesan ajaran agama Islam menjadi pegangan saya.
 
Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya. Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan mendapat rahmatNya serta beroleh kesihatan yang baik. Saya turut mendoakan semoga Allahyarham ayahanda saya mendapat husnul khatimah dan ditempatkan ruhnya di syurga yang penuh nikmat.
 
Saya menyeru kepada media supaya tidak mengganggu ibu saya dan Umno janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik Umno yang kotor dan jijik. Institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahterakan dan bukannya diaibkan di dada media.

Saya tetap sayang dan hormat ibu saya. Saya juga bersyukur dianugerahkan isteri, Shida yang taat dan setia serta anak-anak yang memahami citra perjuangan yang murni ini.
 
Saya bertekad untuk meneruskan perjuangan menjana perubahan melalui wacana segar yang mengangkat dasar kepedulian rakyat. Saya berazam untuk melawan budaya politik jelek yang disuburkan oleh Umno dan media yang ditunggangi mereka.
 
Saya berserah segala-galanya kepada Allah SWT dalam menghadapi mehnah ini tetapi saya tidak akan tunduk menyerah kepada tekanan fitnah Umno.


Saya akan tumpu kepada usaha dan kerja- kerja Parti selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangkakan pada bulan Jun 2012.


Note: Ana titipkan sedikit nasihat buat semua insan bergelar pejuang. 

Sungguh Allah  SWT Tidak akan uji hambanya mengikut kemampuan hambanya.. saat Pilihanraya semakin hmpir berbagai isu; fitnah sehingga, bahan-bahan lucah diedarkan tanpa membawa bukti yang kukuh  sehingga beri tekanan kepada kita semua lebih-lebih lagi kepada yang terkena mainan politik kotor durjana yang dibawa UMNO laknatuallah.

 Apabila kita bawa bawa message islam; tegakkan keadilan demi ummah kita akan di hina; difitnah di pinggir mereka yang menolak perjuangan islam termasuk ahli keluarga yang tidak peka isu-isu semasa, cepat menerima berita fitnah tanpa siasat terlebih dahulu.. Kadangkala hanya duit diberi upahan UMNO, sanggup menjadi tali barut UMNO seperti apa yang berlaku dalam keluarga Azmin Ali.. Ummi Hafilda siapa yang tak kenal sikapnya?? Ana rasa semua rakyat tahu dan tak perlu ana jelaskan.

Bukan mudah untuk berjuang sekiranya ahli keluarga tidak faham tentang tanggungjawab yang dipikul. kadangkala kita jadi lemah jika rohani  tak kuat tanpa tidak mendapat sokongan org2 terhampir.

Maka dengan itu, bagi yang terlibat dalam tanggungjawab perjuangan Islam, untuk memperjuangkan hak rakyat jangalah rasa bersedih hati, jangan rasa kita keseorangan, yakin Allah sentiasa bersama kita.

Percayalah,semua yang terlibat dalam perjuangan dan berada dalam jemaah adalah ahli keluarga yang terhampir dengan kita.

Jika tidak mendapat keredhan dan pandangan manusia, mohonlah sentiasa agar amal diterima Allah SWT dan dipandang oleh-Nya.

 Ingatlah pandangan dan pujian manusia hanya sementara waktu tidak dibawa kemanapun..

Bagi diri rasa teranayai sentiasa dekatkan diri kepada  Allah SWT moga kebenaran; kekuatan dan ketenangan di bagi, Insya-Allah.

Ana sentiasa mendokan agar insan ini mendapat keredhaan Allah, dan ibunya akan menyatakan yang hak membela nasih si anak..

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment