Hanya untuk renungan...
Perkenalan dengan Dato' M di sebuah blog secara tidak sengaja,
Walaupun DM melebihi usia ayah, tapi kami berinteraksi seperti
kawan biasa, dengan masing-masing i dan u..Dari profile DM kira
bersih. Orangnya agak jiwang, ada lagu dari kumpulan spoon rindu
serindunya, pada siapalah yang dirinduinya dan ada beberapa lagu
inggeris. Pada relationship status tertera ''its complicated'' dan juga
tagline-''is age is not barrier then we can be friends''. Yaaa....bagi
aku itu bukan satu masalah. Yang penting perkongsian ilmu yang
bermanfaat.
Kami hanya bertukar msg yang mana terselit kata-kata nasihat.
Dan aku biasalah dengan kata puisi dan motivasi. Persahabatan
bermula awal tahun 2012. Cuma aku 0n9 seminggu sekali ataupun
bila ada masa free, kerana bagi aku blog itu tidak begitu penting
buat aku.
Menurut DM syarikat beliau telah diberikan amanah kepada orang
lain bagi menguruskannya. Dia lebih suka activiti outdoor. Habiskan
masa bersama rakan di padang golf, ke kebun buah-buahan dan
bila ada masa dirumah akan surftenet dan blogs.
Setiap kali aku on9 pasti ada msg dari DM. Sebenarnya aku tidak
memberi ruang langsung pada DM atau sesiapa sahaja yang telah
menjadi rakan untuk "macam-macam hal". Dan sekira aku lihat
lain macam aku akan move from friends kerana ini cara terbaik.
Sebenarnya hampir sebulan baru aku on9, memang banyak msg
dan comments yang aku terima, termasuk beberapa comments
dari DM...huhhhhh aku seperti tidak percaya tentang apa yang aku
lihat comment dari seorang lelaki yang berusia 61 tahun.
Lantas aku view profile DM. astaqfirullah terkedu aku dibuatnya.
Dalam masa sebulan telah banyak perubahan yang mana profile
DM telah dihiasi dengan pics perempuan yang hanya memakai
baju dalam dan seluar dalam yang tersangatlah sexy...hadoiiiiii...
Juga comment2 untuk DM dari wanita juga kurang sopan. Friends
DM 90% dari wanita muda-muda yang "loqlaq". Otak mereka dah
rosak jauh termasuk juga DM. Di sini aku hanya ingin perjelaskan,
yang mana tidak sepatutnya DM yang lanjut usia terpengaruh
dengan rakan-rakan yang muda. Bila aku perhatikan setiap hari
DM akan update blognya ada kalanya 3x dalam sehari.
Jadi sesiapa yang mempunyai suami, ayah atau atuk terutama
dalam usia emas, kenalah perhatikan sekiranya asyik mengadap
computer kena pantau apakah aktiviti mereka kat dunia maya. Tidak
sepatutnya ini berlaku kerana mereka adalah " tetamu senja".
Sebenarnya aku suka melihat warga emas celik IT, tapi secara
berhemah dan google apa yang perlu yang memberi manfaat.
Ya....dari dunia maya akan ke dunia realiti...dan macam-macam
boleh berlaku...dari phonesex akan ke realsex...stupid dump!!!
kerja gila dan sesat tanpa menghitung dosa. Harap maaf gunakan
bahasa yang keras dan kasar..tapi apa yang kita saksikan inilah
yang saban hari terjadi dalam masyarakat kita, orang VVIP
menggondolkan maruah mereka walaupun dapat dihidu, akan
tetapi dapat ditutup dengan tangan-tangan durjana yang membutakan
mata. Bagi peringkat bawahan akan terus disebarkan selagi pehak-
pehak yang tertentu mampu, dan sekiranya binatang boleh membaca
akan mereka suruh binatang beli surat khabar untuk membaca news.
Ok la rakan-rakan semua, hanya ini entry dari saya untuk kali ini.
Tidak kira tahap manapun usia kita, ''dont kill your time'' dengan
perkara yang lara dan jangan biarkan perjalanan hidup 'stuck' dengan
element yang merosakan minda dan fizikal...take care all!!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you.
Your choices are yours alone. They are as much
a part of you as every breath you will take,
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices,
and you will manage your life.
No comments:
Post a Comment