29 May 2012

Help Palestine [hidayahnet] RM10,000 Untuk Pendidikan Islam

 

IMG_346:  Penyampaian Cenderahati  dan Geran Selangorku kepada perwakilan oleh Dr Halimah Ali
 
 
Shah Alam : Exco Pendididikan Tinggi Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali mengumumkan kerajaan   Negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM10,000 kepada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Pendidikan Islam Malaysia (Mappim).

Beliau berkata kepada pemberita dalam Majlis Konvensyen Pendidikan Islam 2012 dan pelancaran MAPPIM di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini baru-baru ini.

Kata  Dr Halimah, "menerusi 'Geran Selangorku' insentif itu disifatkan sebagai permulaan khusus buat MAPPIM melaksanakan aktiviti pertubuhan tersebut yang akan diserahkan dalam tempoh seminggu lagi.  

"Untuk peruntukan selanjutnya, saya beri tempoh selama sebulan kepada MAPPIM bagi membuat kertas kerja secara rapi meliputi perancangan, aktiviti dan latihan yang akan dilaksanakan khususnya di Selangor.

Kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk memartabatkan peranan guru dan ibu bapa di negeri ini".

Beliau merangkap ADUN Selat Klang menambah lagi, "selain itu, ia bagi melaksanakan perkongsian ilmu dan persefahaman di antara PIBG sekolah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dan PIBG sekolah kelolaan Jabatan Agama Islam (Jais) negeri".

Dalam pada itu, Dr Halimah meminta agar semua pihak termasuk ibu bapa dan guru dapat memainkan peranan mendidik generasi muda khusunya belia supaya tidak terjebak dalam gejala sosial tidak sihat.

Ini kerana menurutnya, pembentukan sahsiah dan jati diri yang baik akan melahirkan generasi berhemah tinggi.

"Gabungan ibu bapa dan guru ini mestilah diatur dengan sistematik supaya matlamat kerajaan Selangor untuk melahirkan modal insan yang berjaya dunia akhirat akan tercapai," ujarnya.

Difahamkan majlis itu bertujuan untuk menghimpunkan para guru, ibu bapa dan ahli PIBG serta individu dalam satu forum ke arah memberi dan menerima idea-idea serta resolusi bersama dalam memperkasakan pendidikan Islam di Selangor.

Hadir sama, ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman dan Presiden MPPIBGS dan MAPPIM, Misswadi Sarbini.

Editor : Khaulah Azwar
 

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment