14 May 2012

Help Palestine [hidayahnet] Roboh Yayasan Selangor Demi Kepentingan Pendidikan Dan Keselamatan Pelajar Selangor.

 

 
 IMG_200 : Antara bangunan Yayasan Selangor

IMG_201 : Dr halimah di temubual Media di SUK, Shah Alam. Selepas sidang DUN.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali menjawab propaganda yang dimainkan UMNO-BN mengenai  isu keputusan  merobohkan asrama Tun Dr Ismail dan Toh Puan Norashikin milik Yayasan Selangor yang terletak di Kampung Pandan.
Beliau berkata , "keputusan yang  telah dibuat sudah mengambil kira pelbagai aspek dan telah dikaji dengan teliti.


Penyerahan memorandum oleh pihak Gerakan Selamatkan Asrama Yayasan Selangor (SAYS) yang diterajui oleh Badrulzaman Baharudin. kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membantah cadangan merobohkan asrama terbabit".

"Dakwaan bahawa keputusan merobohkan adalah untuk tujuan komersil dan keuntungan semata-mata adalah tidak tepat kerana kita masih mengambil kira faktor pencapaian akademik, kebajikan serta keselamatan pelajar. Mereka adalah kepentingan utama.

Saya harap pihak yang mencari populariti murahan tidak perlu mempolitikkan isu ini demi melahirkan pelajar yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia serta berjaya dunia akhirat," katanya ketika ditemubual media di SUK, Shah Alam, disini.

Dr Halimah juga memaklumkan, terdapat perancangan bagi memindahkan pelajar-pelajar ini ke sekolah sekitar kawasan Kuala Lumpur yang mempunyai asrama harian. Pihak yayasan juga akan memberikan derma siswa kepada pelajar-pelajar terbabit.

"Yayasan Selangor tidak pernah lari dari matlamat asal. Ia masih lagi mengutamakan pendidikan namun kini keadaan sudah berubah. Kedudukan Kuala Lumpur itu sendiri bukan lagi di bawah negeri Selangor.

"Dari segi pencapaian akademik, untuk dua tahun terakhir ini, pencapaian terbaik pelajar Yayasan Selangor bukan lagi dari sekolah-sekolah di kawasan Kuala Lumpur sebaliknya di kalangan pelajar-pelajar sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) di sekitar Selangor," ujar Dr Halimah.
 
Selain itu, Dr Halimah menerangkan bahawa peranan dan tugas Yayasan Selangor menyemarakkan nilai pendidikan di negeri ini adalah menerusi dana yang dijana sendiri oleh yayasan tanpa menerima bantuan kewangan kerajaan negeri.

"Yayasan Selangor perlu memikirkan cara untuk mendapatkan sumber kewangan bagi menjana segala bentuk bantuan yang disalurkan bagi tujuan pendidikan termasuk memberi bantuan kepada pelajar-pelajar miskin yang berpotensi dalam akademik,'' katanya.
 
Difahamkan, kedua-dua asrama itu menempatkan lebih kurang 465 orang pelajar sekolah sekitar Kuala Lumpur seperti Convent Bukit Nenas, S.M Victorian, S.M Aminudin Baki dan S.M.P Sri Aman. Kebanyakan pelajar-pelajar ini berasal dari kawasan luar bandar dan dari keluarga miskin.


__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment