18 May 2012

Help Palestine [hidayahnet] Gesa Kerajaan Pusat Kaji Gaji Minimum -Dr Halimah Ali

 

 IMG_300:


 Dr Halimah bersama Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid dan warga kilang selepas lawatan. 

 
Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali menggesa kerajaan Pusat mengkaji semula gaji minimum RM900 bagi pekerja di Semenanjung sementara RM800 bagi Sabah dan Sarawak.

Beliau mengulas tawaran Kerajaan Pusat menyelaraskan gaji minimum demi kepentingan warga pekerja.

Kata beliau,  "saya berpendapat tawaran itu sama sekali tidak relevan kerana tekanan ekonomi semakin meningkat, barang semua naik tetapi tawaran diberikan tidak cukup meringankan beban rakyat.

Sejak Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengumumkan gaji minimum, ramai  rakyat tidak setuju dan tidak gembira dengan pengumuman Perdana Menteri itu".

 "Sebaliknya Pakatan Rakyat komited untuk menyelaraskan pendapatan minimum sebanyak RM1,500 dan  ia sesuatu yang kita mampu dan pasti lakukan jika berjaya menawan Putrajaya nanti.

"Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) dari dulu sehingga sekarang komited untuk melaksanakan dasar-dasar bagi membela nasib pekerja.

Kita yakin apabila pendapatan rakyat meningkat, pengaliran ekonomi juga sama meningkat dan begitu juga dengan taraf hidup rakyat.

Justeru, kita gesa agar kerajaan pusat kaji semula gaji minimum dibuat, selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menyampaikan dasar PR dalam memartabatkan golongan pekerja", jelas Dr Halimah.

Beliau merangkap ADUN Selat Klang menambah,  "selain itu sekiranya warga pekerja mempunyai masalah kerja perlu diluahkan  sekiranya  tidak puas hati kepada majikan.

Antara yang boleh diskusikan adalah gaji, pembahagian kerja yang tidak seimbang dan sebagainya", katanya

"Insya-Allah kerajaan negeri juga akan mengadakan Hari Pekerja bersama rakyat sempena Hari Pekerja.
"Dengan adanya program ini,  dapatlah kita mendengar luahan hati pekerja sambil berbincang secara lebih terbuka" .

 
 Beliau kata demikian dalam lawatan Ramah Mesra Bersama Warga Industri di Kilang Pokka Ace (M) Sdn. Bhd.
Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.  
 

Editor : Khaulah Azwar
 


__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment