24 March 2013

Help Palestine [hidayahnet] TURAP JALAN SRI AL-HUDA BAKAL SELESAI, PKM DUN GOMBAK SETIA

 



 
IMG_1307 : PKM DUN Gombak, Ramli Talib, Ketua Kg Sg Chinchin, Khazari Mat, Dr Amran, Pengelola Sekolah SRi Al-Huda melawat tapak jalan raya menuju ke Sekolah.

IMG_1296 : Pengetua SRI-Huda, Surayah Sarin kiri, Rusnani Nasir (kanan) menunjuk jalan masuk ke SRI Al-Huda sepanjang 100 meter yang tidak ditrurap. 


Gombak : Seramai lebih 600 pelajar dan kakitangan Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Huda, Gombak menghadapi kesulitan untuk memasuki kawasan sekolah terutama musim hujan berikutan jalanraya menuju ke sekolah mengalami kerosakan yang teruk, kata Pengetua SRI Al-Huda, Hajah Surayah Hj Sarin.

Beliau berkata, walaupun sekolah SRI Al-Huda adalah sekolah swasta yang dikenakan bayaran yuran namun ia bukan untuk komersial. Matlamat utama adalah memastikan misi visi sekolah melahirkan insan yang Berjaya dunia akhirat tercapai.

Menurut Surayah, aduan kerosakan jalanraya menuju sekolah  berukuran 100 meter itu telah di usulkan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada bulan Januari, 2013 namun sehingga ke hari ini tiada maklum balas diterima.

Ujarnya, setiap pagi lebih seratus ahli keluarga akan menggunakan jalan itu menghantar anak-anak dan ia menjadi sukar apabila kawasan ini menjadi banjir akibat jalan yang tidak berturap dan dinaiktaraf.

Kerap juga pelajar  mengalami kecederaan apabila mereka melalui jalan yang terdapat lubang besar terutamanya apabila diadakan aktiviti sekolah waktu malam. Kenderaan ibubapa juga sering mengalami kerosakan apabila melalui jalanraya tersebut.

Justeru, saya amat berharap pihak berwajib dapat mengambil perhatian dengan permohonan penurapan jalan yang telah dimohon untuk keselamatan dan keselesaan pengguna jalanraya terutamanya semua pelajar SRI Al-Huda, disini, katanya.

Rusnani Nasir, ibu pelajar SRI Al-Huda pula berharap pihak berwajib dapat menyegerakan kerja-kerja menaiktaraf jalan SRI -AlHuda demi keselamatan anak-anak dan warga SRI Al-Huda.

Sebelum ini jika hujan lebat akan berlaku banjir kerana tiada saluran perparitan dilakukan.Saliran yang dibina oleh penduduk setempat seramai sembilan buah ahli keluarga tidak bersesuaian mengikut perspektif pembinaan jalanraya.

Menurutnya,  Jalanraya  yang digunakan pengguna warga Al-Huda sudah sekian lama tidak dinaiktaraf sehingga berlopak. Apabila hujan pelajar akan memasuki kelas  dengan keadaan berlumpur  dan sekaligus tidak beri  keselesaan kepada pelajar.

Beliau menambah, justeru dengan keadaan yang tidak selesa ini dan alasan yang diberikan oleh MPS menyatakan tiada peruntukan saya akan usulkan isu ini kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia dan Pejabat Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali untuk tindakan sewajarnya.

Sementara itu, Pengelola SRI –Al-Huda Dr Amran Mohamad yang hadir meraikan lawatan turun padang oleh Kakitangan PKM DUN Gombak Setia petang semalam berkata, sekolah  SRI Al-Huda dibina semenjak 1989 adalah tanah persendirian dimana terdapat sembilan buah keluarga yang menetap disini.

Sepanjang sekolah ditubuhkan kita tidak pernah mendapat peruntukan daripada pihak berwajib untuk membantu menaiktaraf sekolah. Seumpama sekolah agama dipinggirkan.

Justeru, ekoran dengan berbagai aduan diterima dalam mesyuarat PIBG Sekolah baru-baru ini, saya amat berharap agar pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera untuk keselamatan pelajar, katanya.

Ramli Talib, Pegawai Khas Penyelaras DUN Gombak Setia pula berkata, pihak sekolah dinasihatkan agar sebarang aduan kerosakan, permohanan pendidikan hendklah di usul ke Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia.

Sekiranya mereka tidak berkesempatan untuk berurusan dengan Pusat Khidmat, aduan teresbut boleh di usulkan kepada Ketua Kampung Sungai Chincin, Khazari Mat, Ahli Majlis MPS Zon 6, Zailah Kamaruddin.

Dibawah pengurusan kerajaan Pakatan Rakyat (PR), semua oraganisasi yang telah dilantik oleh kerajaan Selangor berperanan untuk membantu rakyat tanpa kira perkauman dan kefahaman politik. Hasil kerajaan negeri akan diagihkan kepada rakyat, cuma sekolah sewajarnya peka dengan bantuan-bantuan diberikan dan seharusnya merebut peluang tersebut, katanya.

Menurutnya, isu penurapan jalan yang baru di terima akan  diselesaikan dalam masa terdekat dengan perbincangan bersama oleh pihak berwajib,
 Hadir sama lawatan turun padang, Ketua Kampung Sungai Chincin, Nazir Masjid Zon Gombak, Setiausaha Ahli Majlis MPS Zon 6, kakitangan PKM DUN Gombak Setia.
 
 
Editor : Khaulah Azwar- http://khaulah-azwar.blogspot.com/





__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment