22 March 2013

Help Palestine [hidayahnet] Lembaga penyiasat helikopter sebabkan kematian perlu professional

 


Menteri Besar Negeri Sembilan mengatakan akan menubuhkan sebuah lembaga penyiasat khas berhubung insiden yang meragut nyawa seorang kanak-kanak akibat terkena rempuhan bilah helikopter kawalan jauh semasa program perasmian Padang Bola Sintetik di Kompleks Belia dan Sukan Paroi pada 20 Mac 2013 yang lalu.
 
Penubuhan lembaga penyiasat khas ini memang amat dialu-alukan agar insiden serupa tidak akan berulang pada masa akan datang, terutamanya dalam program yang melibatkan orang ramai lebih-lebih lagi yang dihadiri kanak-kanak.
 
Lembaga penyiasat khas ini perlulah terdiri daripada mereka yang benar-benar mahir dari sudut teknikal dan keselamatan seperti mereka dari beberapa agensi antaranya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Bomba, Polis, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Kaji Cuaca serta beberapa tenaga pakar dari Intistusi Pengajian Tinggi Awam.
 
Hasil siasatan lembaga penyiasat khas ini perlulah diumumkan kepada rakyat agar tindakan yang telus oleh kerajaan negeri dapat dilaksanakan untuk mengelakkan kejadian yang sama atau seumpamanya berulang.
 
**************
 
'Helikopter menjunam ke arah anak'
 
SEREMBAN 21 Mac 2013 - Bapa kanak-kanak perempuan yang maut terkena bilah kipas helikopter kawalan jauh dalam program perasmian Padang Bola Sintetik di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini malam tadi, tidak menyangka keriangan mereka menghadiri majlis itu berakhir dengan tragedi.
 
Banee Yamin Idris, 35, yang turut cedera parah di kepala berkata, dia bersama arwah anaknya, Nurdamia Husnina, setahun enam bulan dan dua lagi anaknya berusia enam dan 11 tahun berkunjung ke kompleks berkenaan yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya semata-mata untuk menyaksikan kemeriahan program pada kira-kira pukul 10.30 malam itu.
 
Lembaga penyiasat ditubuh - MB
 
SEREMBAN 21 Mac 2013 - Kerajaan negeri akan menubuhkan sebuah lembaga penyiasat khas berhubung insiden yang meragut nyawa seorang kanak-kanak perempuan akibat terkena rempuhan bilah helikopter kawalan jauh di sini malam tadi.
 
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, siasatan akan dilakukan untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan tersebut.
 
''Saya selalu katakan, kita perlu utamakan kesiapsiagaan dalam apa jua rancangan serta pembangunan yang mahu dilaksanakan terutama apabila membabitkan soal keselamatan masyarakat.
 
''Saya berharap ini dijadikan pengajaran dan tidak berulang meskipun kemalangan yang berlaku tanpa diduga," katanya ketika ditemui pemberita di bilik mayat Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) selepas kejadian terbabit di sini malam tadi.
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment