11 March 2013

Help Palestine [hidayahnet] PAS bantu mangsa ribut di DUN Kota, Parlimen Rembau

 


Pada awal Januari 2013 yang lalu beberapa kawasan di Kota telah dilanda ribut yang amat kuat yang merosakkan 30 buah rumah serta 2 buah sekolah. Pada awal Mac 2013 yang lalu PAS DUN Kota telah melakukan ziarah susulan terhadap mangsa ribut tersebut. Hadir semasa program ziarah berkenaan ialah Tn Hj Ghazali Mohd Shom  selaku Penyelaras PAS DUN Kota.
 
Antara yang ditemui ialah seorang peniaga air. Payung gerai peniaga air berkenaan rosak teruk dalam ribut berkenaan. Beliau telah mengajukan permohonan ke beberapa pihak untuk bantuan membeli payung.
 
Akhirnya PAS DUN Kota telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM200 yang disalurkan kepada peniaga berkenaan untuk membeli payung.
 
Dalam program ziarah PAS DUN Kota turun padang menemui penduduk kampung banyak permasalahan yang diajukan. Kebanyakkannya berkaitan dengan masalah kewangan.
 
Kepada mereka yang ingin membantu boleh salurkan ke akaun berikut :
 
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
Bank Islam Malaysia Berhad: 05-021-02-011755-8
atau : Maybank , No Akaun 155126945930 : CIMB , No Akaun 05020693061526
 
Maklumat lanjut sila hubungi:
Izamri bin Med 013-2124086 (Pengarah MTD DUN Kota)
Rozmal bin Malakan 012-2267406 (Pengarah 2 , Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau)
 
30 rumah, dua sekolah rosak dilanda ribut
Sinar Harian 11 Januari 2013
 
REMBAU – Sebanyak 30 rumah serta dua sekolah rosak dilanda ribut dalam kejadian kira-kira 4.50 petang kelmarin.
 
Antara kediaman penduduk yang rosak teruk adalah di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Legong Ulu, Kampung Relong Chengkau, Kampung Penajis, Pulau Acheh dan Astana Raja termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdullah (Semenda) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Astana Raja.
 
Tinjauan Sinar Harian ke lokasi, malam kelmarin mendapati lebih 30 pokok tumbang dan turut mengenai sebuah kereta penduduk serta kabel yang terletak di bahu jalan.
 
Penduduk, Nor Azhar Zulkefly, 22, dia hanya menyedari atap rumah yang didiami sejak 20 tahun lalu rosak dipukul angin kuat selepas merasakan biliknya mulai basah.
 
Katanya, menyedari kejadian itu, dia bergegas mencari ibu, Sefiah Ismail, 59, yang berada di ruang tamu.
 
"Saya sempat mematikan suis utama dan membawa ibu ke rumah nenek saya yang terletak berdekatan. Ibu saya masih terkejut dengan apa yang berlaku," katanya.
 
Sementara itu, Pengetua Semenda, Siti Noridah Ujang berkata, dia dan beberapa guru bertindak pantas melihat kerosakan awal.
 
"Kebanyakan bahagian atap bangunan beberapa blok serta asrama diterbangkan ribut, sementara kelas basah, pendawaian elektrik rosak, cermin pecah selain pintu tercabut," katanya.
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment