25 March 2013

Help Palestine [hidayahnet] Kereta ADUN Paroi, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan disabotaj

 


Seremban 25 Mac 2013 – Kereta Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani yang juga merupakan ADUN Paroi telah disabotaj semasa program ceramah umum Pakatan Rakyat di DUN Paroi dalam Parlimen Rembau yang diadakan di Taman Seri Pagi , Senawang pada hari Ahad 24 Mac 2013.
 
Dengan tidak membuat tuduhan kepada mana-mana pihak, YB Taufek berharap penyokong Pakatan Rakyat dapat bersabar dan berdoa agar mereka yang melakukan kerja sabotaj terdapat keretanya diberi petunjuk dan hidayat.
 
Berikut apa yang ditulis oleh YB Taufek dalam facebooknya (www.facebook.com/hjtaufek) : "AlhamduliLlah...itulah ucapan hati, bila tengok kereta diguris dengan besi oleh pihak yang tak bertanggungjawap. Semalam ceramah di Taman Seri Pagi mendapat sambutan yang baik dari masyarakat setempat. Saya doakan anak-anak muda yang terlibat mendapat petunjuk dari Allah supaya terbuka hati untuk dengar penjelasan kedua-dua pihak dan buat penilaian demi masa depan agama, bangsa dan negara".
 
Menurut Sdr Hassan Tamby yang merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan , Dewan Undangan Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendirinya pada 26 Mac 2013. Ini bermakna mulai esok semua wakil rakyat di Negeri Sembilan tidak akan lagi menerima elaun (gaji) sebagai wakil rakyat.
 
Sdr Hassan turut berkata kepada mereka yang ingin menyumbang khususnya kepada ahli PAS untuk kelangsungan aktiviti Pusat Khidmat PAS DUN Paroi atau untuk menyumbang untuk membaiki kerosakan kereta YB Taufek yang disabotaj bolehlah disalurkan ke ke akaun Bank Islam Msia Bhd (BIMB), Nama akaun : PAS Dun Paroi , No akaun : 05012010063902.
 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Hassan 019-2171942
 
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment