06 July 2012

Help Palestine [hidayahnet] PTPTN, peminjam jadi mangsa, orang lain untung

 

PTPTN , apakah akhirnya peminjam(pelajar) yang menjadi mangsa, sedangkan kolej swasta kaut keuntungan? Kenapa Kementerian Kesihatan tidak membuka lebih banyak kolej kejururawatan untuk memberi peluang kepada rakyat untuk belajar pada kos yang minima tanpa memikirkan keuntungan?
 
Pindah pelajar kolej kejururawatan ke IPT lain
6 Julai 2012
 
Nasib 553 pelajar sebuah kolej kejururawatan swasta di Seri Kembangan, Selangor yang terjejas berikutan pusat pengajian berkenaan gagal meneruskan operasi mendapat perhatian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
 
Kementerian berusaha memindahkan kesemua mereka yang dipaksa berhenti pengajian itu ke mana-mana kolej kejururawatan di seluruh negara.
 
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung berkata, senarai kolej terlibat akan diserahkan kepada pelajar, Isnin ini untuk proses pemilihan.
 
Beliau berkata, KPT sebenarnya sudah melakukan beberapa pertemuan dengan pihak pengurusan kolej yang gagal meneruskan operasi bersama pelajar dan ibu bapa sebelum ini.
 
"Pertemuan dilakukan sebelum keputusan dibuat dan pelajar boleh meneruskan pengajian ke kolej-kolej kejururawatan di seluruh negara melalui aktiviti pemudahcara.
 
"Keputusan ini agak lewat kerana melibatkan banyak isu seperti akademik, pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sehinggalah kita mengambil keputusan memindahkan pelajar yang sudah berada  di semester empat, lima dan enam," katanya pada sidang media sempena Majlis KPT Bersama Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Zon Selatan, di sini, semalam.
 
Kok Chung berkata, bagi mengelakkan masalah sama berulang, kementerian akan memastikan kesemua pelajar terlibat dipindahkan ke kolej bertaraf empat atau lima bintang dari segi kualiti.
 
Katanya. KPT tidak akan berkompromi dengan IPTS yang tidak memenuhi standard ditetapkan kementerian. "Kolej terbabit bakal dikenakan tindakan di bawah Akta 555 sebagai peringatan kepada IPTS lain untuk tidak mengabaikan kualiti dan standard operasi," katanya.
 

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment