18 July 2012

Help Palestine [hidayahnet] Lagi kejadian samun di tempat letak kereta

 

Harian Metro 18 Julai 2012 - Penyamun tumbuk muka : Seorang lelaki warga emas menerima 10 jahitan di bibir akibat ditinju seorang penyamun yang cuba merampas beg galasnya di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Bandar Utama di sini, malam kelmarin.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang juga peniaga berusia 69 tahun, berjalan bersama isterinya berusia 50-an menuju ke kereta mereka apabila dihampiri seorang lelaki dari belakang.
 
Lelaki itu cuba merampas beg galas mangsa, namun gagal kerana mangsa memegang kuat beg berkenaan menyebabkan suspek berang lalu menumbuk muka mangsa bertubi-tubi sehingga mulutnya berdarah.
 
Melihat suami cedera teruk, isterinya menjerit meminta tolong menyebabkan suspek melarikan diri tanpa sempat mengambil beg atau barangan berharga mangsa.
 
Kejadian berkenaan mendapat perhatian segelintir pengunjung pusat beli-belah itu akibat kekecohan di tempat letak kereta selain tompokan darah mangsa yang banyak di atas lantai.
 
Beberapa pengunjung turut merakam kejadian berkenaan menggunakan kamera telefon bimbit dan memuat turun gambar mangsa yang cedera bersama tompokan darah di lantai ke facebook sehingga mencetuskan kegemparan di kalangan pengguna laman sosial itu, pagi semalam.
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 10.09 malam dan sepasukan polis tiba ke tempat kejadian 10 minit kemudian.
 
"Mangsa cedera di bibir akibat ditumbuk suspek iaitu seorang lelaki dipercayai rakyat tempatan. Namun, beg miliknya gagal dilarikan lelaki itu.
 
"Polis membawa mangsa ke hospital untuk rawatan dan dia dia membuat laporan polis jam 11 pagi tadi (semalam)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, semalam.
 
Menurutnya, polis kini berusaha mengesan suspek selain merakam percakapan orang awam serta pengawal keselamatan yang melihat kejadian itu.
 
"Tiada rakaman pergerakan suspek kerana tempat letak kereta itu belum dipasang kamera litar tertutup (CCTV), tetapi kami menjalankan siasatan menyeluruh dengan kerjasama pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan," katanya.
 
Arjunaidi menafikan dakwaan di facebook mendakwa polis lambat tiba di tempat kejadian selain dakwaan seorang ahli facebook dia dimarahi anggota polis bertugas ketika menghubungi talian 999 untuk meminta bantuan.
 
"Kami meneliti dakwaan itu dengan mengambil rakaman perbualan antara anggota dan ahli facebook terbabit pada malam kejadian. "Mangsa memaklumkan polis tiba dan menghulurkan bantuan dengan cepat. Malah, mangsa turut menafikan dia yang memuat naik kisah kejadian itu itu di laman sosial berkenaan. Perkara itu mungkin dilakukan orang awam yang menyaksikan kejadian," katanya.
 
Sehubungan itu, Arjunaidi meminta kerjasama orang awam yang menyaksikan kejadian dan mempunyai maklumat tampil membantu polis dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
 

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment