22 July 2012

Help Palestine [hidayahnet] Pegawai Khas Blog Ali Rustam gaji tertunggak RM24,370?

 

(15 Jun 2008 – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak tertentu yang mewujudkan blog palsu menggunakan nama beliau. Mohd. Ali berkata, satu laporan polis berhubung perkara itu dibuat oleh Pegawai Khas Blog beliau, Ahmad Faisal Mohd. Yunos di Balai Polis Melaka Tengah di sini, hari ini.)

Pengendali blog tuntut tunggakan gaji
Sinar Harian - 22 Julai 2012

AYER KEROH - Kelemahan pentadbiran pejabat sebuah parti politik di sini menyebabkan seorang kakitangannya mendakwa masih belum menerima tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370.

Jumlah itu membabitkan jawatan sebagai Pegawai Khas dan Ketua Unit IT sejak kirakira tiga tahun lalu yang turut berperanan sebagai pengendali blog.

Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, berkata, dia menerima surat pelantikan pada 13 Mei 2008 dengan gaji bulanan sebanyak RM3,000.

Bagaimanapun, pejabat terbabit membayar kurang RM1,000 setiap bulan.

Menurut bapa kepada tiga orang anak ini, pada asalnya tunggakan baki gajinya berjumlah RM38,000 dengan mengambil kira 38 bulan gaji.

"Namun, selepas pengurusan pejabat berkenaan diambil alih oleh individu lain awal tahun lalu, gaji saya ditahan bermula Mei 2011 tanpa sebarang notis dan alasan," katanya yang tampil ke pejabat Sinar Harian, di sini semalam.

Ahmad Faisal berkata, dua bulan selepas itu, dia dinasihatkan berhenti kerja, namun dia memberi syarat hanya berbuat demikian sekiranya semua tunggakan baki gajinya dijelaskan.

"Setelah saya mendesak, barulah mereka jelaskan sebahagian daripada jumlah berkenaan iaitu RM11,330 yang diserahkan 20 Disember tahun lalu, termasuk kiraan bayaran penolakan jumlah hutang yang saya pinjam sebelum ini iaitu RM2,300.

"Tetapi baki jumlah RM24,370 lagi masih tidak dijelaskan kerana mereka memberi alasan sudah ditolak daripada beberapa peralatan di bawah penjagaan saya sebelum ini," katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak berpuas hati kerana penolakan itu tidak mengambil kira susut nilai barangan diambil; antaranya, tiga buah komputer riba, sebuah kamera kompak dan beberapa peralatan lain yang mempunyai nilai kecil.

"Kalau mereka mahukan kesemua peralatan terbabit saya bersedia memulangkannya semula tetapi mereka menggunakan alasan itu untuk tidak membayar gaji saya.


Ali Rustam minta polis siasat blog palsu
MELAKA, 15 Jun 2008 – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak tertentu yang mewujudkan blog palsu menggunakan nama beliau.
Beliau berkata, blog palsu itu ialah http://mohamadalirustam.blogspot.com dan http://mohdalirustam2.blogspot.com.
"Blog saya yang sebenar ialah www.mohdalirustam.com," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd. Ali berkata, kedua-dua blog palsu itu masih aktif dengan menyiarkan artikel seolah-olah beliau yang menulisnya dan terdapat komen terhadap artikel berkenaan.
Ada pihak tertentu juga memasukkan komen dalam blog bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menggunakan nama beliau sedangkan komen itu bukan datang daripadanya.
Mohd. Ali berkata tindakan pihak berkenaan tidak boleh dibiarkan kerana orang akan fikir artikel dalam blog palsu itu dilakukan oleh beliau.
Percaya bahawa pihak yang melakukan perbuatan itu mempunyai niat yang tidak baik terhadap dirinya, Mohd. Ali berkata, satu laporan polis berhubung perkara itu dibuat oleh Pegawai Khas Blog beliau, Ahmad Faisal Mohd. Yunos di Balai Polis Melaka Tengah di sini, hari ini. – Bernama


Malacca Governor's birthday honours list
Wednesday October 13, 2004

Pingat Bakti Masyarakat

Ahmad Faisal Mohd Yunos

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment