25 July 2012

Help Palestine [hidayahnet] Syabas Jangan Jadi Dalang Utama Sekat Bekalan Air Selangor

 

 
 
IMG_9847 : Rodziah Ismail sedang berucap dalam Majlis Taklimat Penyelerasan dan Penyelia Wanita Berdaya. 
  
 
SHAH ALAM: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) seharusnya memberi laluan kepada Kerajaan Negeri untuk mengurus industri air di Selangor kerana gangguan bekalan seperti pencatuan dan tekanan rendah akan memberi  tekanan dan kesan kepada masyarakat khususnya  kepada golongan wanita dan keluarga.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, "wanita yang kebiasaannya menjadi nadi rumahtangga memerlukan bekalan air sempurna saban hari agar pengurusan rumahtangga sempurna".

"Syabas tidak pernah meminta pandangan Kerajaan Negeri, jauh sekali untuk berbincang mengenainya. Senario ini sekaligus memberi kebimbangan kepada kaum wanitakhususnya, apabila air dicatu di bulan Ramadan.

"Urusan rumahtangga terganggu. Anak-anak tidak terurus sehingga amalan ibadah juga turut terganggu.

"Ia boleh melibatkan soal-soal kesihatan dan perkara-perkara lain yangakan timbul akibat penawaran air yang terganggu tanpa alasan yang benar," Rodziah berkata di dalam kenyataan medianya dalam Majlis Taklimat Penyelerasan dan Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) di Dewan Raja Lumu, Muzium Shah Alam, disini.

Mengikut perjanjian konsensi 2004, Syabas, sebuah syarikat swasta, dipertanggungjawabkan untuk mengurus operasi rawatan dan edaran air di Selangor.

Kerajaan Negeri mahu mengambilalih operasi itu daripada Syabas kerana syarikat itu dilihat tidak mampu mengurus bekalan dan edaran air terawat dengan baik.
Akan tetapi, pada Julai 23, kerajaan pusat tidak meluluskan permintaan Kerajaan Negeri.

"Suatu pendekatan memberi kebajikan dan keselesaan rakyat tanpa pembaziran dan kos yang berlebihan adalah terbaik untuk rakyat Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Justeru, Syabas diingatkan supaya tidak menjadi dalang utama dengan cuba menyekat bekalan air di Selangor terutama di bulan Ramadan untuk kegunaan rakyat."



__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment