19 July 2012

Help Palestine [hidayahnet] MANUSIA TIDAK ADA KUASA MENENTUKAN SIAPA MASUK SYURGA DAN SIAPA MASUK NERAKA

 

Di akhir zaman ini kita dapati ramai yang kononnya orang kuat agama yang bergelar ulama,guru tariqat,tok guru,syeikh,mursyid,maulana, ahli politik dan berbagai bagai gelaran yang hebat hebat yang berkebolehan menentukan manusia samada ahli syurga atau ahli neraka.Seolah olah mereka ini mendahului Tuhan dalam menentukan siapa ahli syurga dan siapa ahli neraka.Nabi SAW juga pernah berkata 10 Sahabatnya sudah ditetapkan sebagai ahli syurga.

Perbahasan:

1. Tidak boleh kita menyebut secara pasti dengan merujuk kepada individu seperti kita berkata "Si Fulan agai  hebat hebat ai gelaran yangbagahli neraka" atau "Si Fulan ahli syurga". Ini kerana sekalipun seorang itu melakukan dosa, pintu taubat dan pemgampunan Allah masih terbuka untuknya. Hari ini ia melakukan maksiat, mungkin esok ia bertaubat dan Allah menerima taubatnya dan ia menjadi ahli syurga. Begitu juga, boleh terjadi seorang itu hari ini rajin beribadah, namun esok atau hari depan ia menjadi pelaku maksiat dan mati dalam maksiat, lalu ditempatkan Allah dalam neraka. Apa yang boleh kita ucapkan ialah dengan menyandar kepada perbuatan seperti kita berkata; "Perbuatannya itu boleh menyebabkan ia diazab dalam neraka" atau "Amalannya itu adalah amalan ahli syurga", dengan syarat terdapat nas dari al-Quran atau as-Sunnah menegaskan tentang amalan tersebut (sebagai amalan yang diredhai Allah atau dimurkaiNya, atau sebagai amalan syurga atau yang mengundang neraka).

2. Adapun Nabi, ia bercakap berdasarkan wahyu dari Allah. Jika ia berkata "Si Fulan adalah ahli syurga" (sebagaimana ia ucapkan tentang 10 sahabat yang dijamin syurga), itu adalah dari apa yang Allah khabarkan kepada baginda. Begitu juga, jika baginda berkata "Si Fulan ahli neraka" atau "Si Fulan di azab dalam kuburnya" (sebagaimana ucapan baginda tentang penghuni 2 kubur yang diazab kerana mengadu domba dan tidak menjaga kencingnya), itu juga perkhabaran dari Allah. Adapun kita hari ini, tidak ada wahyu yang turun memberitahu kita si fulan adalah ahli syurga atau si fulan ahli neraka kerana tiada Nabi lagi selepas Nabi Muhammad. Yang ada pada kita ialah al-Quran dan as-Sunnah yang menyebutkan amalan-amalan yang membawa ke syurga atau ke neraka dan golongan-golongan ahli syurga dan ahli neraka secara umum kecuali individu-individu tertentu yang disebut secara jelas sebagai ahli syurga atau ahli neraka. Maka orang lain selain individu-individu itu masa depan mereka masih tidak pasti bagi kita.

Terdapat riwayat menceritakan bahawa Umar r.a. pernah menegur di dalam khutbahnya; "Kamu sekelian selalu berkata semasa peperangan bahawa "Si Fulan adalah syahid" dan "Si Fulan telah mati sebagai seorang syahid"…Janganlah sekali-kali kamu berkata seperti itu, akan tetapi ucapkanlah sebagaimana yang diucapkan Rasulullah s.a.w.;

"Sesiapa yang gugur di jalan Allah atau terbunuh (di jalan Allah), maka dia adalah syahid".(
Hadis hasan, riwayat Imam Ahmad. Lihat; Fathul-Bari, juz. 9, bab La Yaqul Fulan Syahid).

Wallahu a'lam.


(Sumber: Fitrah Islami Online)



===================================

Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com

My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com

=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment