30 July 2012

Help Palestine [hidayahnet] Cara Mudah Berucap di Khalayak

 

Di hadapan khalayak, Fairuz berdiri kaku. Wajahnya pucat lesi. Tangannya menggeletar memegang kertas yang mengandungi teks untuk ucapannya pada hari itu. Entah bagai ada yang tidak kena, perutnya terasa memulas dan hatinya berdebar-debar. Peluh dingin memercik keluar dari tapak tangan dan dahinya. Fairuz mengeluarkan sapu tangan dari kocek dan ditekapkan pada dahinya. Titik-titik peluh baru muncul semula.

 

Dia mencuba untuk menenangkan perasaannya yang gugup. Hadirin masih lagi menanti dengan sabar tetapi tertanya-tanya sebab Fairuz masih belum memulakan ucapannya. Fikirannya buntu. Sudah berkali-kali Fairuz membaca teks ucapannya pada malam sebelumnya tetapi semuanya bagaikan sudah hilang. Dia tidak lagi ingat apa-apa. Fairuz tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Patutkah dia melarikan diri? Tidak! Peristiwa ini sungguh memalukan. Dia tidak pernah menyangka bahawa nasibnya pada hari tersebut sebegitu malang.

 

 

Bab 1    PENDAHULUAN

 

Adakah anda pernah mengalami keadaan seperti Fairuz? Jika pernah, jangan bimbang kerana anda tidak keseorangan. Banyak individu di luar sana yang petah berkata-kata apabila bercakap dengan rakan taulan, tetapi jika disuruh bercakap di hadapan khalayak, sepatah perkataan pun tidak mampu hendak diucapkan.

 

Memang benar, banyak cerdik pandai yang ternama dan terkenal, yang nampak berkeyakinan dan petah bercakap tiba-tiba menjadi bisu dan lidah mereka kelu tidak terkata apabila menghadapi hadirin yang ramai. Kebolehan seseorang itu bercakap di hadapan khalayak sangat penting kerana kebolehan itu melambangkan imej mereka. Kebolehan berpidato lazimnya dikaitkan dengan golongan politik tetapi tidak dapat dinafikan bahawa kerjaya lain seperti guru, pensyarah, ejen pemasaran dan sebagainya juga perlu mempunyai kebolehan ini. Kerja seharian menuntut mereka berinteraksi dengan pelbagai pihak dan selalunya melibatkan lebih daripada seorang pendengar. Kegagalan untuk mempengaruhi pelanggan supaya membeli produk yang dipromosikan misalnya, akan menjejaskan pendapatan dan karier mereka.

 

Bagi golongan yang menjalankan perniagaan sendiri, kemahiran berkomunikasi sangat penting agar dapat mempengaruhi pelanggan untuk membeli produk tersebut ataupun tidak. Secara profesional, golongan ini harus berkemahiran berkomunikasi untuk memasarkan produk dengan cara yang berkesan kerana selain pengiklanan, pembentangan latar belakang produk (presentation) secara audio dan visual juga memberikan kesan yang positif terhadap penjualan produk. Kajian menunjukkan bahawa jualan melalui ejen yang mempromosikan secara terus kepada pengguna adalah lebih tinggi daripada jualan yang didapati daripada pengiklanan.

 

Buku ini bertujuan untuk memberikan petunjuk tentang cara untuk menyedia dan menyampaikan ucapan, mengembangkan informasi yang ada, memikat pendengar untuk terus mendengar ucapan anda, menambah unsur-unsur lain dalam ucapan secara impromtu dan sebagainya. Buku ini juga akan membincangkan gerak-geri tubuh dan cara untuk menjadikan ucapan anda menarik dan akan terus diingati oleh setiap pendengar.

 

Selain itu, anda juga akan diberikan tips cara untuk mengingati keseluruhan teks ucapan anda tanpa menghafal. Sudah pasti agak sukar bagi seseorang untuk menghafal berkajang-kajang ucapan dalam tempoh masa yang singkat.

 

 

Bab 2    TUJUH ASPEK PENYAMPIAN YANG DINAMIK

 

Ada tujuh aspek yang harus dikuasai oleh seorang penceramah apabila menyediakan dan menyampaikan sesuatu pembentangan. Seorang penceramah yang efektif mampu untuk menguasai ketujuh-tujuh perkara tersebut dalam masa yang sama. Kegagalan untuk memberikan tumpuan kepada kesemua aspek ini akan mengakibatkan kegagalan sesuatu pem-bentangan. Kegagalan untuk memberikan tumpuan kepada kesemua aspek ini juga akan mengakibatkan pembentangan terjejas dengan teruk sehingga memberikan kesan kepada kredibiliti dan reputasi seseorang penceramah.

 

Aspek-aspek ini ialah:

 

1. Penceramah

2. Mesej yang disampaikan

3. Hadirin

4. Saluran

5. Maklum balas

6. Bunyi bising

7. Setting/susun atur tempat

 

 

2.1 Penceramah

 

Salah satu daripada komponen utama sesuatu pembentangan atau ucapan ialah penceramah itu sendiri. Kebanyakan penceramah lupa bahawa mereka lebih penting daripada alat visual lain yang ada. Mereka terdorong untuk menyediakan alat bantuan visual yang canggih sehingga terlupa bahawa semua itu hanyalah merupakan bantuan kepada mereka semata-mata.

 

Terdapat tiga faktor utama yang perlu dipertimbangkan semasa memilih penceramah, iaitu:

 

(a) Tahap motivasi semasa memberikan ucapan/ceramah

(b) Kredibiliti sebagai seorang penceramah dan personalitinya

(c) Stail penyampaian dan bercakap

 

 

2.1.1 Tahap motivasi

 

Pendekatan untuk menilai tahap motivasi seseorang penceramah boleh dilakukan dengan mengambil kira dua faktor yang berikut:

 

Sama ada imbuhan peribadi (contoh: wang) atau imbuhan tidak langsung (kepuasan dalam membantu orang lain) terlibat.

 

Sama ada imbuhan segera (mendapat wang hari ini) ataupun imbuhan tertunggak (sebagai contoh, mendapat ijazah selepas empat tahun belajar di kolej) mempengaruhi.

 

Kesimpulannya, seseorang penceramah itu mesti mempunyai tahap motivasi yang didorong oleh salah satu atau kedua-dua faktor di atas. Sebelum anda membuat penyampaian, anda harus tahu jenis motivasi anda sendiri.

 

 

2.1.2 Kredibiliti penceramah dan personalitinya

 

Idea seseorang penceramah diterima dan dipercayai oleh pendengar hanya jika reputasi penceramah tersebut adalah baik. Kredibiliti seseorang penceramah bergantung pada kejujuran, kecekapan dan niat baik yang ada pada dirinya. Penceramah yang berdisiplin dan mampu menguruskan diri dengan baik dianggap sebagai berkebolehan. Begitu juga dengan penceramah yang menarik dan dinamik akan dilihat sebagai mempunyai kredibiliti yang tinggi berbanding dengan penceramah yang tidak mempunyai nilai-nilai ini.

 

Sebenarnya, faktor yang paling penting yang ada pada diri seseorang penceramah ialah sikap mereka sendiri.

 

Faktor personaliti juga penting. Walaupun definisinya agak kabur, faktor ini menonjolkan penampilan keseluruhan seseorang individu; kelakuan, pengalaman, kesungguhan, pemikiran dan segala yang merangkumi aspek-aspek kehidupannya.

 

Personaliti seseorang banyak bergantung pada faktor genetik. Hal ini ditentukan sebelum lahir dan kemudiannya dipengaruhi oleh persekitaran. Oleh sebab itu, kadang-kadang kita lihat perangai seseorang sangat sukar untuk diubah. Namun, bagi individu yang mempunyai personaliti yang menarik, perkara ini akan kekal sebegitu sehingga dipengaruhi oleh faktor lain. Penceramah yang mempuyai personaliti yang menarik akan menjadi pilihan mungkin kerana faktor mudah didekati yang ada pada dirinya.

 

 

2.1.3 Penyampaian

 

Cara sesuatu mesej itu disampaikan sepatutnya seiring dengan objektif ucapan itu sendiri. Walaupun sesuatu ucapan itu telah ditulis dengan baik tetapi cara penyampaian yang lemah akan menyebabkan ucapan tersebut hilang keberkesanannya.

 

 

Maklumat lanjut berkenaan buku CARA MUDAH BERUCAP DI KHALAYAK ini boleh didapati di www.books.perintis.com.my atau sila hubungi Cik Nor di talian 03-9019 5303.

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment