18 July 2012

Re: Help Palestine [hidayahnet] Tak perlu sorok fakta, jenayah memang meningkat, kata Musa Hassan

 

TAK PERLU SOROK FAKTA, KENA PANTAU GENG GENG JENAYAH.
HEBAT HEBAT.

KEAS JENAYAH YANG MELIBATKAN WARGA ASING YANG KENA BUNUH KENAYA DISEMBUNYIKAN SEHINGGA TERBUNUHNYA SUSILAWATI DAN BEBERAPA ORANG YANG LAIN. SIAPA KETAU POLIS NEGARA MASA ITU? POLIS KENA JAGA KESELAMATAN BUKAN SOROK PENJENAYAH. SEKARANG PANDAI LEBIH PULAK DIA BERCAKAP. KALAU ORANG KDN BACA MEREKA SENYUM DAN GELAK JE.

NAK PANTAU, SUPAYA BOLEH POW, MACAM DALAM KES DI ATAS.

TUAN-TUAN TAK PERASAN KAH YANG TIADA MAJLIS PERPISAHAN, TIADA PUNCH CARD TERAKHIR,  ATAU SERAH TUGAS BILA DIA BERSARA? PINTU PEJABAT DITUKAR KUNCI SUPAYA DIA TIDAK BOLEH MASUK PEJABAT. DIA DIKEHENDAKI MENINGGALKAN POLIS BEGITU SAJE.
TENTULAH ADA KES ADA HAL. MANA DALAM SEJARAH PERKHIDMATAN AWAM SEORANG KETUA POLIS NEGARA (IGP) BERSARA BEGITU SAHAJA? FIKIR.

--- On Fri, 13/7/12, Suara@yahoo.com <Suara@yahoo.com> wrote:

From: Suara@yahoo.com <Suara@yahoo.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Tak perlu sorok fakta, jenayah memang meningkat, kata Musa Hassan
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Friday, 13 July, 2012, 10:59 AM

 

Musa Hassan : "Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai 'bodyguard'."
 
13 Julai 2012 - Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.
 
"Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah.
 
"Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah," kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam.
 
Bekas KPN itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.
 
"Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai 'bodyguard'.
 
"Kerana banyak jenayahlah menteri-menteri dan orang-orang besar perlukan 'bodyguard'," kata Musa.
 
Musa Hassan telah berkhidmat untuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selama empat dekad dan memimpin pasukan tersebut selama empat tahun semenjak tahun 2006 sebelum digantikan oleh Tan Sri Ismail Omar pada 13 September 2010.
 
Walaupun berlakunya kes serangan, rompakan dan penculikan, polis, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan kementerian dalam negeri (KDN) mengeluarkan statistik kadar jenayah negara telah menurun semenjak kerajaan memperkenal Program Transformasi Kerajaan (GTP).
 
Unit Pencegahan Jenayah Pemandu dalam majlis bersama media semalam — langkah untuk mengurangkan kerisauan orang ramai, menyatakan statistik kadar jenayah menurun sebanyak 10.1 peratus pada lima bulan pertama tahun ini.
 
Sebelum ini, Unit Pencegahan Jenayah Pemandu telah mengeluarkan angka untuk menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.
 
Pemandu turut merayu agar media membantu mereka mengubah persepsi rakyat dan mendesak agar laporan seimbang diberikan.
 
Ketika ditanya mengenai kenyataan Pemandu berkenaan statistik jenayah yang menurun, Musa mencadangkan kerajaan agar melantik pihak ketiga yang lebih bebas seperti universiti untuk memberikan data seperti statistik jenayah kerana mereka lebih bebas.
 
"Sewaktu zaman saya dulu, saya minta Universiti Sains Malaysia untuk keluarkan statistik jenayah.
 
"Ini turut dilakukan oleh pasukan polis di Amerika yang sering menggunakan universiti agar data yang diperolehi tepat dan tidak menyorokkan apa-apa fakta," kata Musa lagi.
 
Menurut bekas KPN itu lagi, kadar jenayah diseluruh dunia meningkat akibat daripada kemerosotan ekonomi dunia akibat dariapada kemelesetan ekonomi yang berlaku di Eropah.
 
"Globalisasi menyebabkan sukar untuk sesebuah negara untuk mencegah berlakunya jenayah.
 
"Globalisasi menyebabkan ramai orang luar masuk ke Malaysia, yang kita tak tahu latar belakang dia, 'especially' dari Nigeria tentang kehidupan dadah mereka.
 
"Ini adalah diantara punca berlakunya peningkatan jenayah dalam negara," kata Musa lagi.
 
Untuk mencegah masalah jenayah yang berleluasa hari ini, bekas KPN mencadangkan agar polis membuat penambahbaikan dari segi mengubah teknik dalam memerangi jenayah sekarang ini kepada 'intelligence procurement' atau 'perolehan risikan'.
 
"Kita perlu mendapatkan maklumat-maklumat risikan terdahulu.
 
"Jika maklumat risikan polis bagus dari segi perolehannya, mempunyai hubungan rapat dengan penguatkuasa luar negara, maka kita boleh mengetahui awal berkenaan latarbelakang seseorang dan boleh memantau jika mereka penjenayah.
 
"Sama seperti dalam negara kita, kita perlu pantau geng-geng jahat dan penjenayah-penjenayah ni," kata bekas KPN itu lagi.
 

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment