29 July 2012

Help Palestine [hidayahnet] Umur 12 tahun dah pandai samun guna parang

 

29 Julai 2012 KUALA PILAH – Dua kanak-kanak antara suspek yang diburu oleh pihak polis selepas melakukan kegiatan samun di Taman Bukit Intan, kelmarin. Kejadian itu berlaku jam 12.15 tengah hari ketika mangsa seorang wanita Melayu berusia, 48, tinggal sendirian di rumah.

Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, tiga suspek itu terdiri daripada seorang lelaki berusia 20-an bersama dua kanak-kanak perempuan berusia 12 dan 13 tahun.

Menurutnya, suspek lelaki menggunakan parang panjang manakala salah seorang kanak-kanak itu menggunakan parang pendek.

"Ketiga suspek dipercayai masuk ke dalam rumah mangsa melalui pintu utama kerana tidak berkunci. Mangsa ketika itu sedang menjahit baju di bilik belakang dan tidak perasan suspek masuk ke dalam rumah.

"Dia hanya terkejut apabila suspek memasuki ke dalam bilik belakang dan dua kanak-kanak terus memegang kedua-dua belah tangannya. Manakala lelaki tersebut terus merampas rantai mangsa.

"Namun rentapan itu tidak berjaya mengambil kesemua rantai kerana terputus dua. Suspek berjaya melarikan loket dan sebahagian rantai anggaran RM1,000," katanya kepada Sinar Harian.

Jaafar berkata, sejurus itu mangsa yang berjaya meloloskan diri berlari ke arah belakang rumah untuk meminta pertolongan jiran terdekat.

"Apabila suasana menjadi kecoh, ketiga-tiga suspek sudah berada di dalam kereta milik mangsa selepas mengambil kunci kereta jenis Proton Pesona yang tergantung di dinding, namun cubaan itu tidak berjaya apabila terdengar mangsa menjerit meminta tolong.

"Akibat panik, suspek lelaki berpatah balik dan menyerang mangsa dengan cubaan menetak kepala tetapi berjaya ditahan mangsa. Akibatnya, tangan kanan mangsa luka terkena parang. Ketiga-tiga suspek berlari keluar menaiki kereta jenis perodua Myvi berwarna 'silver' yang dipercayai kereta curi dari Mantin," katanya.

Walau bagaimanapun katanya, mangsa hanya mengalami cedera ringan di tangan kanan kerana parang tersebut tumpul.

"Saya menasihatkan kepada suri rumah agar lebih berhati-hati ketika tinggal bersendirian di rumah dan mengunci pintu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini terjadi terutama pada musim perayaan," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan kerana samun bersenjata berkumpulan.

"Sesiapa yang melihat kejadian itu boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Asisten Superintendan Normanshah Din menerusi talian 019-2096474,"katanya.

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment