07 January 2012

Help Palestine [hidayahnet] Berapa ramai askar kita dari Prebet ke Jeneral rosak aqidah?

 

Pada 6 Januari 2012 saya bercuti atas urusan keluarga di Rembau. Saya solat Jumaat di Masjid Kariah Kg. Bongek, Rembau. Khatib pada hari berkenaan ialah sahabat arwah ayah saya, yang kini menjadi sahabat saya iaitu Tuan Hj Hamdan, atau lebih selesa dipanggil Cikgu Hamdan, anak kepada seorang ulama terkenal iaitu Tuan Hj Mohd Yatim dimana terdapat sekolah menengah agama di Gadong atas nama Hj Mohd Yatim ini.

Teks khutbah disediakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Tajuk khutbah ialah "PERTAHAN AQIDAH UMMAH"

Apa yang menarik perhatian saya ialah petikan berikut dalam khutbah tersebut : "Kalimah suci ALLAH bukan sekadar 'nama am' yang bermaksud 'tuhan' walau apapun bentuknya. Kesucian kalimah ALLAH amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut bila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bungkusan, TIDAK BOLEH DIBAWA KE TANDAS (sengaja saya huruf besarkan). Allah adalah nama khas, Tuhan Yang Maha Suci - Tuhan Yang Maha Agung."

Teks khutbah ini dibaca diseluruh Negeri Sembilan semalam. Saya yakin askar-askar kita di Kem Rasah, di PUSASDA dari Prebet hingga ke Jeneral dengar khutbah tersebut. Melainkan jika mereka tidur. Saya juga yakin Ketua Polis Negeri hinggalah ke Konstabel dengar khutbah tersebut di Masjid Negeri , Seremban (jika mereka solat di sana).

Teks khutbah ini bukan Ustaz Norazman Mohamad yang tulis, tapi dari Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Berapa ramai, berapa ribu, mungkin ratusan ribu askar, polis, bomba dan sebagainya di seluruh Malaysia yang ada lambang ALLAH dan MUHAMMAD dalam tulisan jawi pada pakaian seragam mereka.

Adakah askar kita, polis kita tidak "PERTAHAN AQIDAH UMMAH" selaras dengan tajuk Teks Khutbah tersebut?

Sila baca artikel saya sebelum ini bertajuk : "Jeneral kita masuk tandas pakai kalimah Allah" di http://waghih.blogspot.com/2011/10/jeneral-kita-masuk-tandas-pakai-kalimah.html

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment