28 January 2012

Help Palestine [hidayahnet] Sahreny perlu rumah PPR demi keselesaan keluarga

 

SEREMBAN 27 Jan. 2012 - Walaupun telah menerima bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal, pasangan suami isteri, Sahreny Abdul Aziz, 46, dan Norma Mat Lazin, 42 sekali lagi merayu supaya dipertimbangkan permohonan bagi mendiami unit perumahan di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk keselesaan mereka enam beranak.
Menurut Norma, dia berharap supaya kerajaan negeri dapat mempertimbangkan permohonan yang telah dibuat sejak sekian lama untuk mendiami salah satu unit perumahan di bawah PPR.
"Saya telah memohon tetapi ditolak kerana alasan, kami tidak layak.
"Tempat tinggal kami terlalu kecil. Lama sudah kami mohon untuk duduk di rumah pangsa PPR, tetapi tidak berhasil. Berilah kami peluang untuk membina kehidupan yang selesa," katanya di pejabat Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Utusan Malaysia pernah menyiarkan penderitaan keluarga ini 7 April 2008 dan banyak pihak yang membantu termasuklah kerajaan negeri, selain ada pihak yang menjanjikan pelbagai bantuan lain ketika itu.
Menurut Norma, keluarganya telah menerima bantuan JKM RM300 untuk empat anaknya, RM250 (Baitulmal) dan RM150 kerana status Sahreny sebagai orang kelainan upaya (OKU) selepas terbabit dalam kemalangan beberapa tahun lalu.

Pasangan itu mempunyai empat anak, Siti Norhidayah, 14, berada di tingkatan dua Sekolah Menengah Seri Ampangan; Siti Nuriman, 10, dan Siti Norshaniza, 8, kedua-duanya di Sekolah Kebangsaan Ampangan dan yang bongsu, Mohd. Sahnor, 6.
Menurutnya, suaminya tidak mampu bekerja dan menghidap penyakit bengkok tulang belakang (scoliosis).

Dia tidak boleh berdiri lama dan kadangkala sarafnya terganggu dan tangan terketar-ketar.
"Saya pula menghidap asma dan masalah batu karang. Saya tidak mampu bekerja," katanya.
Sesiapa yang sudi membantu bolehlah menghubungi Norma di 99, Kampung Sekolah, Ampangan atau menghubungi 017-3974701.

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment