28 January 2012

Help Palestine [hidayahnet] Guru JQaf di Sarawak mohon tukar 6 kali ditolak

 

28 Jan 2012, JOHOR BAHRU: "Ketika isteri yang tinggal di Sarawak keguguran pada 17 Januari lalu, saya sedih kerana tidak mampu membantu sebaliknya hanya mendoakan keselamatannya kerana tinggal berjauhan (di Johor)," kata pekerja hotel, Mohd Fauzi Borhan, 37, yang amat bimbangkan keadaan isterinya kerana sudah dua kali keguguran dalam tempoh tiga tahun, dipercayai akibat tekanan hidup.

Menurutnya, lebih mengecewakan apabila usaha isterinya, Lida, 32, yang bekerja sebagai guru Lepasan Ijazah J-Qaf di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Sarawak, untuk bertukar ke Johor, tidak mendapat maklum balas positif sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, hasratnya membuat rayuan pertukaran isterinya itu menemui jalan buntu apabila tidak dibenarkan berbuat demikian oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya.
Katanya, keluarganya dimaklumkan pengurusan di Putrajaya bahawa permohonan dikemukakan isterinya ditolak berikutan tidak menerima sokongan daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.

"Saya dan isteri tinggal berjauhan sejak enam tahun lalu dan isteri sudah membuat permohonan pertukaran tempat kerja sebanyak enam kali iaitu dua kali setahun (sejak tiga tahun lalu).

"Dua tahun lalu, dia keguguran kali pertama, tetapi kami bersyukur kerana dikurniakan anak lelaki pertengahan Mei lalu," katanya.

Fauzi berkata, kini dia terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak lelakinya berusia lapan bulan berikutan permohonan kali keenam pada November lalu ditolak tanpa alasan dan dia difahamkan keputusan itu muktamad.

"Apa yang kami minta ialah budi bicara, isteri sudah enam tahun berkhidmat di Sarawak, wajarlah dia berpindah balik ke sini. Saya risaukan keadaan isteri kerana doktor menasihatkannya banyak berehat, namun disebabkan tinggal berseorangan, dia perlu bekerja dan mengurus anak. "Saya harap kementerian prihatin dengan masalah kami dan membenarkan pertukarannya," katanya.

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment