17 January 2012

Help Palestine [hidayahnet] Nafi 101 Ahli PAS Masuk UMNO

 

  IMG 7536 & 7538 : Salehuddin Nasir, YDP PAS Gombak


 



Gombak, 17 Jan : YDP PAS Gombak Salehuddin Mohd Nasir,  menafikan dakwaan kononnya 101 orang ahli PAS daripada cawangan Kampung Kerdas Dua, telah keluar PAS dengan  menyertai umno.

Kemasukan mereka dalam UMNO kononnya disebabkan berlakunya pemecatan AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Katanya, kita menafikan sekerasnya kemasukan mereka  dalam UMNO akibat kekecewaan apabila  Ahli Dewan Undanagn Negeri (ADUN) Gombak Setia  Datuk Dr Hasan Ali  di pecat daripada  PAS baru-baru ini.

Sebenarnya PAS Gombak telah mendengar  bahawa  mereka yang terlibat keluar parti  sebulan yang lalu sebelum berlakunya pemecatan Datuk Dr Hasan Ali.

Jelasnya, ketika PRU12 yang lalu,  PAS Gombak telah menerima 37  borang keahlian PAS daripada cawangan tersebut. Daripada 37 orang hanya 20 orang sahaja yang menyertai UMNO dalam majlis yang diadakan di Kampung kerdas  dua baru-baru ini.  

Beliau berkata, mereka sebenarnya ahli umno dan penyokong umno. Bukti mengatakan mereka adalah ahli umno  melalui penyemakan  yang telah kita buat dalam daftar ahli PAS di DUN Kawasan Gombak.

Peristiwa kemasukan mereka dalam PAS dalam PRU12 pada 2008  adalah sangat  drastic sebelum pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Menurut Sallehuddin, ekoran berlakunya pemecatan keatas Datuk Dr Hasan Ali dalam parti PAS, tidak akan merencatkan PAS Gombak untuk hadapi pru13 nanti.

"Kita sentiasa melatih ahli  agar sentiasa ikhlas berjuang kerana ALLAH SWT, bukan kerana orang, dan bukan untuk kepentingan yang lain terutamanya dalam bentuk Material dan kebendaan", katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia pagi tadi.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru agar semua ahli  istiqama dalam perjuangan, tidak kira samada parti  PAS, PKR atau DAP kerana setiap parti yang di tubuhkan terletaknya dasar perjuangan yang di putuskan oleh pucuk pimpinan yang perlu di taati selagi tidak melanggari syariat.

Justeru, saya harap semua ahli PAS kena faham konsep Perjuangan  PAS dimana dasar pas adalah Islam berdasarkn Al- Quran, Hadis, Ijtima dan QIAS, katanya.
 
Hadir sama dalam sidang media, Kahirul Fahmi, Setiausaha PAS Gombak.


Editor : Khaulah Azwar




__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment