18 January 2012

Help Palestine [hidayahnet] Masih ramai rakyat yang teraniaya di Malaysia

 

Kisah di bawah ini adalah sebahagian sahaja daripada beribu, mungkin puluhan ribu masalah yang seumpama atau lebih teruk lagi dari apa yang dialami oleh nasib keluarga di bawah ini. Institusi kekeluargaan dan masyarakat harus diperkukuhkan. Masjid dan surau setempat mesti dihidupkan dengan solat jemaah 5 waktu setiap hari seramai mungkin dengan kuliah agamanya. Khidmat kaunseling Majlis Agama Islam harus diperluaskan di setiap bandar, pinggir bandar dan kampung, diperkukuhkan dengan khidmat kaunseling atas talian atau secara maya. Pemberian wang tunai perlu dikaji semula, dengan memberikan barangan keperluan untuk mengelakkan penyalahgunaan wang ringgit yang diberikan.

Duit susu beli dadah
Harian Metro 18 Jan 2012

JOHOR BAHRU: "Wang RM200 sumbangan Baitulmal membeli susu Syafiqah yang juga orang kelainan upaya (OKU) diguna suami bagi membeli dadah.

"Keadaan menjadi lebih teruk apabila suami ketagihan keluar rumah dengan alasan mahu membawa Syafiqah bersiar sebelum melencong ke tempat penagih," kata suri rumah, Norazlina Samad atau Ina, 30, semalam.

Menurut Ina, sudah hampir setahun dia terpaksa memberi susu manis kepada anak perempuan bongsunya yang berumur empat tahun itu yang tidak sesuai bagi kanak-kanak seusianya.

Ina yang berkahwin suami hanya dikenali sebagai Amran, 35, sejak lapan tahun lalu, mempunyai dua anak iaitu Syafinah, 6, dan Syafiqah.

Menurut Ina, Syafiqah pernah menjalani pembedahan usus, jantung serta hati sejak dua tahun lalu dan pemberian susu manis kepada anaknya itu mungkin menyebabkannya mengalami masalah tumbesaran selain lemah pertuturan.

http://www.hmetro.com.my/articles/Duitsusubelidadah/Article

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment