14 December 2011

Help Palestine [hidayahnet] KITA BOLEH LAKSANAKAN ISLAM WALAUPUN BELUM DAPAT KUASA - MENGAPA TIDAK?

 

Walaupun kita di perintah melaksanakan Islam itu secara keseluruhan dari peribadi, keluarga, masyarakat, ekonomi, pendidikan, pentadbiran, ketenteraan, politik, perhubungan, kebudayaan,negara, seterusnya alam sejagat, namun Islam ada memberi kaedah: "Tidak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua."

Di dalam memperjuangkan semua, buat lebih dahulu apa yang boleh dibuat.Ertinya laksanakan lebih dahulu Islam yang ada di dalam kuasa kita, ia itu peribadi kita, keluarga kita, dan jemaah, kumpulan atau parti kita.(Tak perlu tunggu pilihanraya untuk dapat Negara baru nak laksanakan Islam). Tegakkan dan mantapkan terlebih dahulu iman , Islam dan ihsan serta akidah, syariat dan akhlak di dalam diri kita, keluarga kita dan ahli ahli jemaah atau parti kita.

Cara ini lebih mudah di tegakkan kerana ia ada di bawah kuasa kita. Kalau di luar kuasa kita lebih lebih lagi di dalam negara dan alam sejagat, sudah tentu susah dan amat sulit hendak di tegakkan kehendak kehendak ajaran Islam itu daripada persoalan akidah, syariat dan akhlak. Selagi kuasa belum ada di tangan kita, cukuplah kita sarankan lebih dahulu atau mengingatkan lebih dahulu kepada pihak pihak yang ada kuasa di dalam negara dan seterusnya alam sejagat.Tapi yang ada di bawah kuasa kita, saperti yang telah di sebut tadi, kita buat dan perkemaskan sungguh sungguh hingga menjadi contoh atau role model kepada orang lain.

Mengapa setiap individu dan jemaah atau parti parti Islam itu perlu laksanakan dahulu? 

Perlu di ingat bahawa Islam bukan setakat ilmu.Tidak juga sebagai slogan. Bahkan setakat keyakinan pun belum cukup.Tapi Islam itu adalah agama ilmu, yakin dan amal.Selepas itu barulah sesuai untuk di perjuangkan agar ia lebih luas lagi daerahnya dan lebih ramai penganut penganutnya.

Ini kerana Islam adalah agama wahyu yang datang dari pada Allah, di sampaikan kepada Rasulullah, kemudian terus disampaikan kepada semua manusia untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.Ia merupakan hadiah yang paling besar dari Allah Taala demi keselamatan kita.

Wallahu'alam

===================================

Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com

My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com

=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment