14 December 2011

Help Palestine [hidayahnet] Kisah 7 ekor lembu di N.Sembilan terseksa

 

Ini ada satu kisah benar yang berlaku semasa Hari Raya Idil Adha 1432 H baru-baru ini di Negeri Sembilan, tapi bukan di Gemas dan tidak melibatkan lembu NFC. Sahabat saya menceritakan ada satu taman perumahan, sebelum ini, setiap tahun program korban dianjurkan oleh surau di taman perumahan tersebut dengan menjemput imam masjid kariah setempat yang begitu dihormati dan amat merendah diri sebagai tukang sembelih.

Tapi pada tahun ini program ibadah korban di taman tersebut telah diambil alih oleh sebuah pertubuhan. Sebanyak 7 ekor lembu akan dikorbankan. Pengerusi yang menganjurkan program korban tersebut telah menjemput tukang sembelih dari luar kariah beberapa kilometer jauhnya untuk menyembelih.

Apabila kesemua 7 ekor lembu tersebut telah diikat dan ditumbangkan untuk disembelih , tukang sembelih tak muncul-muncul. Hari dah panas, lembu semua dan terikat, kalau lama lagi boleh terseksa, berbuih-buih mulut lembu ni, silap-silap mati terikat.

Dah lah yang tukang sembelih tak datang, pengerusi yang menguruskan program korban tersebut pun tak kelihatan semasa kekecohan tersebut.

Lalu wakil penduduk pun pergilah ke masjid kariah semula untuk mencari tukang sembelih. Imam masjid kariah tersebut tiada, mujur ada seorang hamba Allah sukarela untuk bantu menyembelih, kerana tidak mahu melihat lembu-lembu yang telah terikat tadi tersiksa, kerana ianya sudah menjadi amanah untuk disembelih lembu tadi.

Lalu saya menceritakan pada sahabat saya kisah yang berlawanan dengan kisah diatas, juga pada Hari Raya Korban 1432H. Setelah selesai ibadah korban di satu surau, malamnya saya solat maghrib di satu surau lain, disebuah kampung, bukan di kawasan bandar atau taman perumahan.

Saya tanya ustaz di surau tersebut, berapa ekor korban tahun ini? Ustaz tadi dengan nada perlahan dan merendah diri kata 23 ekor. Terkejut saya dengar sebuah surau di kampung boleh korban sampai 23 ekor lembu. Saya tanya lagi hari ni berapa ekor. Ustaz kata hari ni 19 ekor, habis pukul 5 ptg tadi, esok lagi 4 ekor.

Kemudian saya tanya berapa kos sebahagian peserta. Katanya tak silap saya RM257.60. Saya tanya kenapa sampai begitu sekali tak dibulatkan saja kosnya. Katanya memang dari dulu lagi mereka amalkan begitu. Dan memang ada yang beri kos yang tepat sampai ke sen.

Kata ustaz tadi , semasa arwah atoknya dulu pernah mencecah sampai 27 ekor. Begitu barakah sekali surau peninggalan seorang ulama di Negeri Sembilan ini.

Manusia merancang, Allah juga merancang. Tapi perancangan Allah adalah yang terbaik.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment