20 December 2011

Help Palestine [hidayahnet] JEMPUTAN: SIRI WACANA THE WORLDVIEW OF ISLAM SERIES (WISE) - AMBILAN KETIGA

 

Assalamualaikum Warahmatullahi wa Barakatuh,

 

Tan Sri/ Prof/ Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan,

 

 

JEMPUTAN KE SIRI WACANA THE WORDLVIEW OF ISLAM SERIES (WISE).

 

Merujuk perkara di atas pihak Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM) (885043-H) dengan berbesar hati ingin menjemput Tan Sri/ Prof/ Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan ke program Worldview of Islam Series (WISE) untuk Ambilan ke-3 yang akan bermula pada 7 Januari 2012.

 

Program WISE merangkumi tiga (3) Semester dan mengandungi sejumlah 24 Modul yang mencakupi faham-faham penting dalam Pandangan Alam Islam seperti faham Ketuhanan, Wahyu, alam Tabi'i, manusia dan sifat kejiwaannya, ilmu, agama, nilai dan akhlak, kebahagiaan, dan faham-faham yang berkaitan seperti konsep pendidikan, proses Islamisasi dalam sejarah, masalah pensekularan dan sebagainya.

 

Program ini bertujuan menyumbang kepada pembinaan makna diri bermula dengan faham pandangan Alam Islam yang betul. Seperti yang ditegaskan oleh sarjana Islam masakini bahawa cabaran genting umat Islam ialah cabaran pemikiran dan pandangan Alam, maka amat diyakini bahawa umat Islam memerlukan persediaan pemikiran dan intelektual yang rapi.

 

Untuk makluman pihak Tan Sri/ Prof/ Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan, program WISE ini telah menerima 2 Ambilan pelajar (setiap ambilan mempunyai 25 orang peserta) sejak dilancarkan pada Januari 2011, disertai oleh golongan pelajar universiti, professional, usahawan, pegawai kerajaan dan suri rumah. Mereka ini dahagakan perbahasan ilmu yang serius dan konsisten. Di kalangan mereka ada yang dari Singapura dan Indonesia, selain peserta tempatan. Ini juga menunjukkan wacana ilmu yang diadakan dalam bahasa Melayu mampu menarik semua lapisan golongan itu.

 

Bagi memastikan kualiti penyampaian dan penerimaan (perhubungan dua-hala antara pensyarah dan peserta), pihak urusetia telah menghadkan bilangan peserta kepada 50 orang peserta sahaja. Sehubungan dengan itu, hanya peserta yang benar-benar berminat dan mendaftar awal (serta membuat bayaran) sahaja akan diberikan tempat pada sesi kali ini.

 

Bersama dengan surat ini, turut disertakan bersama brochure, poster, dan peta lokasi program   sebagai panduan pihak Tan Sri/ Prof/ Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan.

 

 

 

Untuk maklumat lanjut, pihak Tan Sri/ Prof/ Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan boleh hubungi urusetia seperti berikut:

 

ALIFF: +6013-234 7873

Pejabat: +603-4023 5664* (waktu pejabat)

 (*turut boleh dibuat pendaftaran melalui telefon)


Ataupun layari laman web kami di http://hakim.org.my untuk membuat pendaftaran secara online, juga boleh lawati FB kami seperti berikut: http://www.facebook.com/pages/Himpunan-Keilmuan-Muslim-HAKIM/179239925462334

 

Sokongan dan kerjasama pihak Tan Sri/ Prof/ Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan amat dihargai terutama dalam menjunjung tradisi keilmuan Islam masakini.

 

Sekian, Terima kasih.

 

 

MENJUNJUNG TRADISI KEILMUAN ISLAM,

 


Aliff Basri

Koordinator Program

Worldview of Islam Series (WISE),

Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM)

 

 P/S: Mohon bantuan rakan2 untuk panjangkan emel ini dalam kalangan teman dan kenalan. Termasuk lampiran sekali. Kongsikan dengan mereka manfaat yang rakan2 perolehi sepanjang bersama kelas WISE ya. Terima kasih :)

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment