22 December 2011

Help Palestine [hidayahnet] Dilarang majikan untuk menunaikan solat

 

22 Dis 2011 - Saya merupakan salah seorang pekerja dalam sebuah syarikat telekomunikasi swasta gergasi berkait kerajaan (TM). Perkara yang amat saya kesali dan marah adalah banyak kes sudah dan masih berlaku terutama di kalangan pekerja swasta yang dihalang atau disusahkan prosedur untuk mendirikan rukun yang menjadi teras dalam agama Islam iaitu solat!
 
Sebelum ini saya hanya mendengar cerita dari mulut rakan-rakan sahaja namun kali ini saya sendiri yang menjadi mangsanya! Jikalau ada majikan atau pegawai atasan yang melepaskan pekerjanya untuk solat pun, ia perlu melalui proses yang sengaja disusah-susahkan seperti menulis / merekodkan nama dan memaklumkan kepada pegawai atasan. Dan jika diberi keizinan pun, kebanyakkan pekerja terpaksa terkejar-kejar masa pendek yang diberikan (5 minit).
 
Lebih malang, di suatu tempat yang bilangan pekerjanya mencapai ratusan orang, terpaksa berhimpit-himpit di ruang solat yang hanya boleh memuatkan maksimum 7-8 orang! Hari ini saya telah ditegur hanya kerana mendirikan Solat Isya' sekaligus mengambil wudhu' yang jumlah masa diambil hanyalah tak lebih 7-8 minit!
 
Ini satu pencabulan terhadap hak saya sebagai seorang muslim! Saya amat berharap pihak berwajib mengambil perhatian dan membuat sesuatu terhadap isu ini. Amat malang apabila perkara ini cukup dirumitkan namun pada masa yang sama pekerja bawahan yang satu bangsa dengan orang atasan saya yang suka melepak, bersembang dan kerap merayau-rayu sewaktu bekerja di hadapan beliau langsung tidak diambil tindakan!
 
Dari
Pekerja bawahan teraniaya.
By: Dzul
 
Dari laman web Aduan Rakyat Online

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment