14 December 2011

Help Palestine [hidayahnet] ATM Lancar Buku Panduan KESIAGAAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

 

ATM Lancar Buku Panduan KESIAGAAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA


ATM, hari ini melakarkan satu lagi sejarah dengan pelancaran Buku Panduan Kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia yang jelas merupakan Manifestasi Kebersamaan dan Kesepaduan ATM dalam mendokong salah satu agenda penting ATM iaitu Kesiagaan Angkatan. Sejajar dengan peranannya sebagai PERISAI NEGARA, ATM akan terus komited dalam mendokong objektif Dasar Pertahanan Negara untuk melindungi dan mempertahankan Kedaulatan, keutuhan wilayah dan kepentingan Negara daripada sebarang ancaman. Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera, dalam ucapannya menekankan betapa pentingnya kesiagaan kerana ia merupakan elemen terpenting bagi menentukan ATM berupaya memberi respons yang pantas dan berwibawa pada sebilang masa apabila keadaan memerlukan. Beliau turut menyeru kepada semua lapisan warga ATM supaya meneruskan usaha meningkatkan tahap profesionalisme bagi menghasilkan modal insan yang berpengetahuan, berinovatif dan berkualiti serta bersedia menghadapi sebarang cabaran sesuai dengan persekitaran semasa.
Dalam majlis pelancaran tersebut, YBhg Panglima Angkatan Tentera juga telah menyampaikan Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera (SIAGA PAT) bagi tahun 2011. Anugerah ini merupakan anugerah yang diberikan kepada ketiga-tiga perkhidmatan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam kesiagaan. Bagi Tentera Darat Malaysia Anugerah SIAGA PAT telah dimenangi oleh Markas 7 Briged, manakala Tentera Laut DiRaja Malaysia dimenangi oleh KD PANGLIMA HITAM dan Tentera Udara DiRaja Malaysia dimenangi oleh No 17/19 Skuadron.

()"" ' ) Naim Qlate
( ,'o' )") Anda dijemput jadi Followers : http://www.naimqlate.blogspot.com
(,,)(")(") " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment