15 December 2011

Help Palestine [hidayahnet] Keluarga miskin daif di Melaka tunggu jawapan Majlis Agama

 

Tinggal dalam pondok usang .
15 Dis 2011, TEHEL, Jasin - Hanya bergantung kepada pendapatan sekitar RM15 sehari menjual barangan­ kitar semula, hidup sebuah keluarga di sini ibarat 'kais pagi, makan pagi'.
 
Itulah nasib dihadapi keluarga Nordin Ahmad, 35, yang sebelum ini menumpang di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin, mengambil keputusan membina sebuah pondok kecil yang hanya ditutupi kanvas.
 
Pondok usang yang terletak bersebelahan rumah keluarganya itu dibina menggunakan kayu dan kanvas disumbangkan penduduk kampung serta orang ramai.
 
Nordin berkata, dia adakala pilu mengenangkan nasib keluarganya yang terpaksa berteduh di pondok usang bagi melindungi diri daripada cuaca hujan atau panas terik.
 
"Meskipun ianya kelihatan usang dan kerap bocor di sana sini, tetapi di sini umpama 'syurga' buat kami empat beranak untuk meneruskan kehidupan.
 
"Jika hujan lebat, kami sekeluarga akan bersiap sedia meletakkan baldi di kawasan yang bocor dan akan tidur secara berhimpit di satu sudut yang tidak dibasahi hujan," katanya.
 
Menurutnya, walaupun menetap bersebelahan dengan rumah keluarga, namun dia tidak mampu meminta sepenuhnya pertolongan kerana mereka juga hidup dalam serba kekurangan.
 
"Saya mempunyai empat anak, namun dua daripadanya dijaga oleh bekas isteri. Saya bertanggungjawab membesarkan dua anak lagi yang masih kecil iaitu Muhammad Afiq, 12, dan Muhammad Al-Hafiz berusia 1 tahun setengah.
 
"Bagi membesarkan mereka, saya memerlukan kewangan banyak memandangkan Afiq akan memasuki sekolah menengah tahun depan. Saya susah untuk bekerja kerana perlu jaga Hafiz yang masih kecil," katanya.
 
Dia berkata, setiap hari dia akan keluar mencari barangan terbuang untuk dijual.
 
"Kadangkala saya juga menjual petai yang diambil di Senaling dan Inas, Negeri Sembilan secara sambilan bagi menampung perbelanjaan kami sekelurga," katanya.
 
Katanya, mereka sekeluarga pernah beberapa hari tidak mempunyai wang untuk membeli makanan kerana pada masa sama, Afiq sedang menerima rawatan di hospital gara-gara sebahagian badanya melecur selepas terkena petrol.
"Pada masa itu, semua wang yang saya peroleh terpaksa digunakan untuk membayar rawatan Afiq," katanya.
 
Nordin berkata, kesan daripada kecederaan itu, anaknya tidak boleh mengangkat benda yang berat kerana akan merasa perit dan sakit jika permukaan kulitnya tegang.
 
"Oleh itu, saya berharap anak saya dapat dipertimbangkan untuk mendapat bantuan orang kurang upaya.
 
"Sebelum ini, saya pernah memohon bantuan daripada pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), namun sehingga kini belum menerima sebarang jawapan­," katanya.
 
Katanya, kini dia risaukan segala kelengkapan persekolahan anaknya yang belum disediakan dan sesi persekolahan baru hanya tinggal beberapa minggu lagi.
 
"Tahun depan Afiq akan melangkah ke sekolah menengah tentu banyak yang perlu diganti baru, namun sehingga kini saya masih belum menyediakan kelengkapan tersebut," katanya.
 

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment