06 March 2013

Help Palestine [hidayahnet] Tiada University Malaysia dalam Top 100 tahun 2012

 

Salam alaik,

Saya attached sebuah File PDF untuk sahabat-sahabat teliti. Ia menyenarai  TOP 100 University di dunia. Semuanya negara yang majoriti rakyat kafir.

Malangnya, saya tak nampak Malaysia tersenarai. Tapi menurut Raja Petra di dalam Blognya, UKM tersenarai pada nombor 98. Saya puas cari dalam senarai tapi masih tak nampak jugak. Link Blognya : http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/from-around-the-blogs/54895-malaysian-universities-not-in-the-times-list-of-worlds-top-400-universities

Masalahnya masih ramai yang mengaku dan perasan bahawa Malaysia ini sebagai negara Islam. Main hembus aje sebab minda telah terbantut dek kerana berdekad-dekad telah terpedaya dengan kata-kata kaum Politik.

Kalau benarlah Malaysia ni negara Islam, saya ada komen :

=> Maka sepatutnya Umat islam di sinilah yang paling ramai yang berilmu dan berkemahiran dalam semua bidang yang bermanfaat.

=> Maka sepatutnya negara yang majoriti Muslim ini lah yang mempunyai paling banyak universiti terbaik di dunia.

Tapi perkara-perkara semasa yang sedang berlaku mempaparkan yang SEBALIKNYA.  Sehingga hari ini, 75% ekonomi berada dalam tangan kafirin, Berjuta Umat Islam terpaksa ambil BRIM kerana pendapatan seisi rumah amat rendah. Dan kini buat beberapa tahun, TIADA UNIVERSITI di Malaysia dalam senarai TOP 100. Malahan tiada dalam Top 400 pun, kalau benar kata Raja Petra. Berbillion-billion ringgit telah diberikan dan dibelanjakan untuk mempertingkatkan institusi pendidikan, pengajian dan penyelidikan, TAPI APA DAH JADI ?

Amat memalukan kerana perkataan yang paling banyak disebut dalam Al-Quran ialah ILMU, selain daripada sebutan Allah. Dan Allah menjanjikan kenaikan darjat untuk sesiapapun yang suka kepada ILMU. 

Selagi orang Islam tidak memandang dan tidak membuktikan ILMU sebagai penting, selagi itulah mereka akan banyak menghabiskan MASA, TENAGA dan DUIT untuk berpolitik, bergaduh, berbunuh-bunuh, rasuah, rasis, merampas dan berpoya-poya. Bukti  termaktub di semua negara yang majoritinya Muslim. 

Jelas kita sekadar perasan mulia di sisi Allah tanpa sebarang bukti hasil yang nyata lagi zahir. Kita sangka dakwah itu sekadar bercakap, walhal dakwah lebih besar dari itu. Hanya sekadar ke hulu ke hilir canang Ayat Quran bagaikan burung kakak tua yang kosong daripada kefahaman dan tanpa bukti. Salah faham Ayat Quran lebih banyak sehingga bom sana bom sini kononnya atas nama Allah sebagai Syahid. Kita juga amat bangga dengan jumlah tinggi kelahiran Umat Islam, namun kadar maksiat, jenayah berat dan pembunuhan yang melibatkan Muslim juga turut meningkat. 

Yang sebenarnya sikap, pemikiran, kepintaran dan ketekunan kita telah jauh tersasar dan lebih mundur daripada orang-orang yang mulia yang pernah hidup sebelum kita lagi. Mereka jauh lebih maju dari kita walaupun kita perasan kita ni "moden" dan "Negara Islam".

Kita sendiri telahpun mengetahui betapa tingginya ILMU para Sahabat, Tabi'in, Tabi-Tabi'in dan ramai saintis dari kalangan Ulama sehinggakan orang Islam maju dan dimuliakan di seluruh dunia ketika Dunia Kafir di Eropah dalam kegelapan. Malahan ketika itulah paling ramai manusia memeluk agama Islam kerana sebaran ILMU dan MANFAATnya sebagai bukti. 

Tanah gersang di Sepanyol pun dapat menjadi dusun-dusun yang hijau dengan buah-buahan yang belum pernah ditanam di Eropah sebelumnya seperti Lemon dan Oren. Peralatan pembedahan sehingga kini masih menggunakan design dari saintis Islam. Periodic Chart Kimia sehingga hari ini masih menggunakan apa yang ditulis oleh saintis Islam ( albeit dengan sedikit tambahan penemuan baru abad ini ). Penemuan konsep fotografi dan banyak lagi. Dengan ilmu dan ketekunan, mereka telah memberi kesan ke seluruh dunia sejak 1,400 lagi. Sistem pengiraan geometri dan arkitektur yang membolehkan pembinaan pelbagai bangunan. Banyak betul pahala mereka.

Video yang menarik untuk sesiapa yang masih belum kenal betapa hebat dan progresifnya Umat Islam di Sepanyol beratus-ratus tahun dulu : http://youtu.be/PM8HnvuKbAo

Jika orang Islam mahu maju dunia dan maju akhirat, banyakkan baca Quran dan fahamkannya serta amalkan segala perkara yang digalakkan oleh Allah Ta'ala di dalamnya. Nescaya diri akan menjadi maju dan mulia serta membawa rahmat manfaat ke seluruh pelusuk dunia. Masyarakat dan negara juga akan dapat limpahan manfaat dan darjat kemuliaan yang mengatasi negara kafirin.

Mari kita sama-sama berusaha selagi berpeluang kerana kematian tak boleh diteka waktunya :

Ada 3 perkara yang sentiasa menambah pahala untuk kita walaupun kita telah masuk liang lahad :
1. Keturunan yang soleh
2. Amal Jariah
3. ILMU MANFAAT YANG KITA AJARKAN pada sesiapa, selagi mereka masih AMALKANnya untuk dapat manfaat darinya. 

---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendek } http://malaysiaku.com

---------------------------------------------------------------------------------

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment