12 March 2013

Help Palestine [hidayahnet] Kenyataan Akhbar , Perumahan Untuk Rakyat di DUN Kota

 


KENYATAAN AKHBAR
PEJABAT PILIHANRAYA PAS DUN N28 KOTA (PARLIMEN P131-REMBAU)
12 MAC 2013
 
PERUMAHAN UNTUK RAKYAT DI DUN KOTA
 
Pada 8 Mac 2013 yang lalu Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan pembinaan 150 unit rumah Projek Perumahan Rakyat Ladang Tanah Merah, Port Dickson di atas tanah seluas 6 hektar (14.8 ekar) yang dibeli pada harga RM2.5 juta.
 
Sehubungan dengan itu pihak kami menegaskan bahawa Projek Perumahan Rakyat adalah amat diperlukan di DUN Kota. Ini adalah memandangkan kos rumah dan tanah yang semakin tinggi di kawasan ini.
 
Beberapa projek perumahan baru di Rembau pada ketika ini menawarkan harga sebanyak RM250,000 ke RM 318,000 untuk satu unit rumah teres 2 tingkat dan RM138,888 untuk rumah teres 1 tingkat.
 
Harga rumah yang semakin tinggi ini adalah amat menyukarkan anak tempatan untuk membeli rumah terutama sekali mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
 
Daerah Rembau mempunyai banyak tanah adat yang terbiar.
 
Pihak kami berpendapat adalah lebih wajar tanah-tanah adat yang terbiar ini dibangunkan untuk Projek Perumahan Rakyat. Jika tanah untuk Projek Perumahan Rakyat di Ladang Tanah Merah dibeli pada harga RM2.5 juta, ini bermakna kos tanah untuk seekar ialah sekitar RM168,619  seekar atau RM3.87 sekaki persegi.
 
Harga RM168,619  seekar atau RM3.87 sekaki persegi adalah jauh lebih tinggi dari harga tanah yang diambil oleh kerajaan sebelum ini untuk pembinaan landasan keretapi berkembar iaitu sekitar RM1.20 ke RM2.80 sekaki persegi atau sekitar RM52,272 ke RM121,968 seekar.
 
Pembangunan tanah adat untuk Projek Perumahan Rakyat akan menjadi situasi menang-menang untuk semua pihak (win-win situation). Dimana pemilik tanah adat yang terbiar akan mendapat pampasan yang setimpal dan dalam pada masa yang sama rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana di DUN Kota ini akan dapat membeli rumah yang mampu mereka miliki.
 
Untuk menggalakkan lagi pembangunan tanah adat yang terbiar ini untuk Projek Perumahan Rakyat, keutamaan membeli rumah ini haruslah diberikan kepada pemilik asal tanah adat tersebut, waris-waris mereka yang berpendatan rendah dan sederhana dan seterusnya untuk anak tempatan di DUN Kota termasuk mereka yang bersemenda.
 
Pihak kami berkeyakinan pembangunan tanah adat yang terbiar ini untuk Projek Perumahan Rakyat akan mendapat sokongan penuh oleh para penduduk di DUN Kota.
 
HJ GHAZALI BIN MOHD SHOM
Penyelaras PAS DUN Kota
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment