13 March 2013

Help Palestine [hidayahnet] Pencerobohan di Lahad Datu pengajaran berguna kepada Malaysia - PM

 


Pencerobohan di Lahad Datu pengajaran berguna kepada Malaysia - PM




KUALA LUMPUR 12 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu sebagai peristiwa yang bukan sahaja membuka mata kerajaan, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia, terutama di Sabah, tentang betapa pentingnya meningkatkan persiapan untuk menghadapi ancaman luar.

Sambil menegaskan bahawa kerajaan tidak akan memandang ringan tentang keselamatan negara, beliau berkata segala usaha akan dilakukan untuk memastikan pasukan keselamatan diberi latihan yang sebaik mungkin, dilengkapi peralatan lebih canggih dan sentiasa bersedia untuk menangani kejadian seperti itu.

"Saya rasa kita telah menikmati suasana aman dan stabil yang begitu lama di Malaysia. Komunis meletak senjata pada 1989 dan sejak itu, Malaysia dilimpahi suasana aman dan stabil dalam tempoh yang cukup panjang.

"Kejadian itu (serangan di Lahad Datu dan Semporna) merupakan ancaman luar dan kita perlu menanganinya. Jadi, sekiranya kami membuat keputusan menambah perbelanjaan untuk pertahanan dan keselamatan, janganlah rakyat mempertikaikannya pula.

"Mereka perlu melihatnya sebagai langkah untuk melindungi keselamatan, kedaulatan dan integriti wilayah kita," katanya dalam program "Conversation with the PM" melalui TV3 malam ini.

Sambil menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi tentang keselamatan, kedaulatan dan integriti wilayah Malaysia, perdana menteri berkata:
"Kita perlu berusaha sedaya upaya untuk memastikan rakyat Malaysia, tanpa mengira di mana mereka berada di negara ini, berasa selamat, terjamin dan masa depan mereka juga dipelihara oleh kerajaan." Pasukan keselamatan Malaysia melancarkan "Operasi Daulat" pada 5 Mac selepas pengganas Sulu membunuh lapan anggota polis di Kampung Tanduo dekat Lahad Datu dan Kampung Simunul di Semporna pada 1 dan 2 Mac.

Kumpulan pengganas itu bersembunyi di Kampung Tanduo sejak 12 Februari dan tidak mengendahkan sikap baik kerajaan yang sedia berunding tentang penyerahan diri mereka.

Sehingga kini, 54 pengganas terbunuh dan kira-kira 100 orang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas bersenjata itu.

Najib seterusnya menegaskan bahawa usaha menjamin keselamatan negara bukan sahaja menjadi tanggungjawab pasukan keselamatan dan kerajaan, tetapi juga semua rakyat Malaysia melalui peranan masing-masing, termasuk memberi sokongan kepada kerajaan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa Malaysia memiliki kemampuan dan aset yang mencukupi untuk melindungi keselamatannya.

"Saya rasa, untuk menangani pencerobohan bersenjata, kita memiliki aset yang diperlukan, tapi, seperti yang saya nyatakan tadi, peristiwa ini membuka mata kita, di mana terdapat jurang dari segi kemampuan kita, dan kita harap akan dapat merapatkan jurang ini," kata Najib.

Beliau berkata, memandangkan timur Sabah mempunyai lantai laut sepanjang lebih 1,000 km, maka negeri itu menghadapi "cabaran besar" dari segi keselamatan dan sejajar dengan itu, langkah lebih ketat perlu diambil.

"Kita pastinya perlu mempunyai lebih banyak aset dan sistem pengawasan yang lebih berkesan (di sana)," kata beliau.

Ketika melawat Lahad Datu baru-baru ini, Najib mengumumkan penubuhan satu kawasan keselamatan khas yang merentas dari Kudat ke Tawau - kira-kira sepanjang 1,400 km - untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan di timur Sabah.

Diminta mengulas dakwaan media asing bahawa pengganas Sulu bertindak demikian kerana dihasut pihak tertentu di Filipina, termasuk mereka yang menentang presidennya, Najib berkata:

"Apabila saya bercakap dengan Presiden (Benigno) Aquino, beliau memberitahu saya bahawa pihak mereka akan memulakan siasatan. Sebenarnya, beliau membuat kenyataan yang sungguh menarik iaitu mereka terdiri daripada golongan yang agak miskin.

"Sudah tentu mereka tidak memiliki kemampuan untuk melancarkan operasi seperti itu terhadap Malaysia dan oleh itu, beliau berpendapat mereka mendapat pembiayaan dari tempat lain.

"Apa yang disyaki itu nampaknya mempunyai asas yang cukup kuat, tapi kita perlu membuat siasatan dan bukti yang secukupnya perlu diperoleh sebelum kita boleh menuding jari kepada sesiapa," katanya.

Ditanya sama ada serangan pengganas di Lahad Datu akan menjejaskan peranan Malaysia dalam proses damai di selatan Filipina, Perdana Menteri berkata ia merupakan dua isu berlainan kerana proses damai itu melibatkan kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Najib berkata, pengganas di Lahad Datu agak berbeza daripada MILF dan mereka membuat tuntutan yang aneh dan tidak diiktiraf kerajaan Malaysia.

"Sebab itulah mereka menggunakan keganasan dan ini sesuatu yang mendukacitakan. Bagaimanapun, kita akan tangani perkara ini dengan cara yang kita fikir wajar," katanya. - BERNAMA

Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP   : +6013-212 7799
Faks      : +606-762 0817
Website :
http://raudhah2u.my/
Weblog  :
http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email     : raudhah.umrahajj@gmail.com


()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment